Walaupun ramai ibu bapa memahami bahawa makanan bernutrisi boleh membantu menjaga si manja supaya kuat dan kurang terdedah kepada sakit biasa, mungkin ada yang terlepas pandang akan kepentingan penghadaman dalam aspek ini.
Sistem penghadaman kita bertanggungjawab untuk mencerna makanan supaya badan kita dapat menyerap nutrien. Oleh itu, penghadaman yang baik memainkan peranan penting dalam membina daya ketahanan semula jadi si manja terhadap penyakit.
Friso Gold menampilkan teknologi LocNutri™ di sebalik formulasi baharu yang memelihara nutrient untuk penghadaman yang mudah baru-baru ini.
Sistem penghadaman kita bertanggungjawab untuk mencerna makanan supaya badan kita dapat menyerap nutrient. Oleh itu, penghadaman yang baik memainkan peranan penting dalam membina daya ketahanan semula jadi si manja terhadap penyakit.
LocNutri™ adalah satu inovasi pengeluaran yang memastikan nutrien dalam susu tidak terlalu panas waktu pemprosesan. Oleh itu, nutrisi dipelihara dalam struktur semula jadinya yang mudah dihadam.
“Teknologi LocNutri™ Friso Gold memproses susu dengan rawatan haba yang sederhana. Cara ini dapat memelihara struktur asli nutrien, agar mudah dihadam dan membantu si manja menjadi lebih kuat dari dalam,” jelas Saw Chooi Lee, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia.
Friso Gold, susu tepung yang diformulasi untuk kanak-kanak dengan teknologi LocNutri™ kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai formulasi yang dipertingkatkan ini, layari www.frisogold.com.my.