Gabungan bunga-bungaan asli yang ditanam secara organik seperti Kamelia, Articok, Pansy, Kekwa dan Geranium, kesemua lima jenis bunga-bungaan ini mengandungi sifat antioksidan yang tinggi disatukan dalam produk inovasi terbaharu kelahiran jenama kecantikan Korea yang telah bertapak hampir 3 dekad iaitu Mamonde.
Rangkaian anti-penuaan yang dibotolkan khas dalam bekas rona merah ini mengutamakan fungsi dan khasiat bunga Kamelia yang sering dimanfaatkan secara turun-temurun di sekitar Korea dan Jepun untuk kecantikkan abadi.
Mamonde sebagai jenama peneraju kecantikan berjaya mengekstrak Kamelia EGGG menggunakan kepakaran teknologi yang dibangunkan selama 16 tahun digelar AmorePacific, di mana sifat yang dihasilkan ekstrak berkenaan adalah 100 lebih efektif berbanding Vitamin C serta 25 kali ganda lebih kuat berbanding Vitamin E.
Disebabkan oleh kulit yang terdedah kepada faktor-faktor pencemaran udara serta kepanasan matahari, semakin hari kulit bakal kehilangan keanjalan, menjadi kering seterusnya tampak kusam lebih awal sebelum waktunya. Dengan itu, Rangkaian kawalan penuaan dari Momonde ini secara tidak langsung memanfaatkan ekstrak dari bunga Kamelia untuk menghalang kedutan serta meningkatkan keanjalan kulit wajah.
Age Control Skin Softner | 200ml ( RM89)
Age Contro Emulsion | 150ml (RM99)
Age Control Power Serum | 40ml (RM169)
Age Control Power Eye Cream | 25ml (RM159)
Age Control Power Cream | 50ml (RM169)
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.mamondegarden.my atau lawat laman Facebook rasmi Mamonde Malaysia di www.facebook.com/Mamonde.MY
Kaunter jualan Mamonde kini boleh dikunjungi di AEON One Utama dan AEON Mid Valley!