Waktu yang dinanti-nantikan bakal tiba 4 November ini! Ayuh sama-sama kita gegarkan taman tema LEGOLAND bersempena pelancaran LEGO NINJAGO The Ride yang buat julung kalinya terdapat di Asia.
Permainan baru ini membolehkan pengunjung menyelami pengalaman untuk menjadi wira Ninja yang termahsyur dalam menyelamatkann bumi LEGO NINJAGO dari keganasan makhluk ganas serta sekutu-sekutu jahat yang lain. Sertai kegirangan untuk berlatih mempertahankan diri cara NINJAGO di dalam gelap secara eksklusif yang berkonsepkan paparan 4 Dimensi.
https://www.instagram.com/p/BMFwkxKB0e6/?taken-by=wanistadotcom
Dengan bermodalkan pelaburan berjumlah lebih dari RM40 Juta, LEGO NINJAGO The Ride dilengkapi teknologi inovasi ciptaan syarikat tarikan interaktif global Triotech yang bisa menyalurkan pengalaman secara realistik kepada pengunjung termasuklah paparan 3D serta ciri efek panas, asap dan angin (4D) menerusi pengembaraan yang berdurasi selama 3 minit 30 saat itu.
Setiap kereta permainan boleh memuatkan 4 orang pengunjung yang akan mewakili Ninja Kai (Kuasa Api), Ninja Cole (Kuasa Bumi), Ninja Zane (Kuasa Ais) dan Ninja Jay (Kuasa Kilat). Perlawanan dilakukan menggunakan pergerakkan tangan mudah yang kemudiannya dikesan melalui alat sensor yang terdapat dibahagian hadapan kereta. Ia akan membawa pengunjung menjelajah ke seluruh pelusuk alam LEGO NINJAGO untuk berdepan dengan anasir jahat sebelum bergelar Wira Ninja bagi memenuhi amanah Master Wu.
Sememangnya ini adalah peluang keemasan untuk pelancong dalam dan luar negara untuk merasai hiburan baru yang secara tidak langsung dapat dinikmati bersama keluarga tanpa mengira umur.
https://www.instagram.com/p/BMGHO-_hA9J/
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.legoland.com.my atau lawat laman Facebook rasmi LEGOLAND Malaysia Resort di www.facebook.com/LEGOLAND.my