Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) menafikan khabar angin melalui media sosial mengenai kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya utama berkuat kuasa 16 November ini.
Timbalan Yang Dipertua PSKLM Sazally Saidi berkata khabar angin itu adalah tidak benar dan dipercayai dikitar semula oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Tarikh 16 November tu pun hari Rabu bukannya Isnin macam dalam ‘statement hoax’ (kenyataan palsu) itu,” katanya menerusi WhatsApp hari ini.
Khabar angin itu menyebut kadar tol di beberapa lebuh raya, antaranya Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) akan naik antara RM1 dan RM5.70 mulai Isnin, 16 November.