Biasa makan di kedai tapi tahu tak cara membuatnya?
Baiklah, Pajeon merupakan lempeng Korea yang dibuat daripada adunan telur, tepung gandum, tepung beras, bawang hijau dan bahan-bahan lain. Pa bermaksud daun bawang dalam Bahasa Korea manakala jeon pula makanan yang disalut tepung dan digoreng. Selain resepi tradisionalnya, Pajeon ini boleh ditambah kimchi dan aneka makanan laut untuk memberi rasa dan warna.
Tanpa buang masa, ini penulis kongsikan cara membuat Pajeon Kimchi. Sediakan kertas dan pen tau!
Anda perlu sediakan :
Bahan basah:
- Kimchi (perahkan sikit jus supaya tidak terlalu basah, kimchi dipotong)
- Daun bawang (jika tiada daun bawang, boleh gantikan dengan daun kucai)
- Serbuk cili (untuk memberi warna, pilihan)
- Udang
- Sotong (ikut kesukaan sama ada mahu dipotong tebal atau sedang)
Bahan-bahan adunan:
- Tepung serba guna
- Air
- Garam
- Minyak sayuran
Cara membuatnya:
- Pertama sekali, perah kimchi sampai agak-agak kering.
- Kimchi dipotong ikut selera anda.
- Siapkan bahan-bahan basah, sediakan udang dan sotong, daun bawang di potong lebih kurang 3-4cm.
- Adunkan semua bahan-bahan sehingga sebati, jangan terlalu cair, agak-agak seperti cekodok.
- Campurkan bahan-bahan (adunan+basah) tadi. Kacau kesemuanya, di sini kalau anda ingin tambahkan serbuk cili juga boleh, untuk memberikan warna pada Pajeon.
- Dalam pan yang leper, panaskan sedikit minyak dan goreng adunan, guna kaedah goreng telur dadar.
- Pastikan adunan yang dimasak tidak terlalu tebal melainkan anda lebih suka makan yang tak garing.
- Sambil masak, tekan dengan sudip.
- Terbalikkan jika sudah nampak garing keemasan.
- Hidangkan panas-panas dengan sos.
Bermula 3 November 2016, produk-produk khusus Korea terpilih seperti pes kacang soya dalam pelbagai pilihan rasa, kimchi, toppoki, campuran pancake, tepung goreng dan garam rendah kandungan sodium kini ditawarkan pada harga diskaun sehingga 15%.
Bersempena Hari Pepero iaitu hari di mana rakyat Korea bertukar-tukar Pepero sebagai tanda ucapan selamat mereka kepada insan tersayang, 11street kini menawarkan diskaun sehingga 30% terhadap pelbagai pilihan Pepero.
Untuk maklumat dan mengetahui lebih lanjut berkenaan item-item makanan Korea yang disediakan, sila layari kedai K Market di 11street pada pautan http://www.11street.my/store/kmarket.