Mula ditubuhkan di London, di tengah-tengah kota Mayfair sejak 2004, Gentlemen’s Tonic adalah kedai gunting rambut tradisi yang telah banyak menerima anugerah penghargaan dan kejayaan dari pelbagai pihak. Apa yang menarik tentang kedai gunting rambut ini, ia mewah berkonsepkan spa moden untuk lelaki di mana terdapat pelbagai servis dandanan dari hujung rambut hingga hujung kaki secara eksklusif sekaligus memberi nikmat kepada para jejaka maskulin.
Oleh yang demikian, pasukan Gentlemen’s Tonic Kuala Lumpur dengan berbesar hati membuka peluang kepada para jejaka di Malaysia untuk merasai servis serta kehebatan rangakaian produk berjenama dari London berkenaan lantaran pelancaran besar-besaran cawangan pertama Gentlemen’s Tonic di Publika, Solaris Dutamas baru-baru ini.
Setiap perkhidmatan adalah dicipta khas bertepatan dengan kehendak serta keperluan lelaki masa kini didorong pula dengan kepakaran kakitangan yang dilatih profesional dan ini pasti akan meningkatkan kualiti serta kredibiliti industri dandanan lelaki tanah air.
Sebaik melangkah masuk ke Gentlemen’s Tonic, tetamu bakal diberi layanan VVIP termasuklah minuman percuma, layanan hospitaliti kelas pertama oleh kakitangan yang bertugas, hiburan, bahan bacaan dan banyak lagi. Apa yang tetamu perlu lakukan hanyalah bersandar rehat dan membiarkan kakitangan hebat di Gentlemen’s Tonic membuai anda dengan servis dan rawatan terbaik mereka.
Antara yang ditawarkan di Gentlemen’s Tonic adalah servis cukuran basah, rekaan cukuran jambang, gunting rambut, mewarna rambut, urutan batu panas, merias kuku dan lain-lain. Khidmat menggunting rambut adalah berharga RM70 dan ke atas manakala cukuran bermula RM45 setiap sesi.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.gentlemenstonic.com/Kuala Lumpur atau lawat laman Facebook rasmi Gentlemen’s Tonic Malaysia di www.facebook.com/gentlemenstonicmy