Friday, April 16, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Seronok Hidup Gelandangan Punca Noor Ayrill Aqasha Hilang

by Izzah Azizah
November 7, 2016
Noor Ayrill ditemui semula dalam keadaan lemah di sebuah perhentian bas di Bukit Ampang kira-kira 7.30 malam pada Sabtu. Foto - Free Malaysia Today

Noor Ayrill ditemui semula dalam keadaan lemah di sebuah perhentian bas di Bukit Ampang kira-kira 7.30 malam pada Sabtu. Foto - Free Malaysia Today

25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Seronok mengikuti kehidupan gelandangan bersama rakan-rakan di kawasan Chow Kit selain takut dimarahi ayahnya antara punca kanak-kanak lelaki Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas, enggan pulang ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata perkara itu berdasarkan rakaman keterangan percakapan bapa kanak-kanak berumur 10 tahun itu, Noor Shahril Yusmarizal, 39, dan ibunya Siti Rohayu Yaacob, 37.

“Siasatan mendapati kanak-kanak itu telah pergi ke Pudu menaiki bas Rapid KL untuk berjumpa dengan rakannya dikenali sebagai Ari berumur 13 tahun di Chow Kit sebelum menetap di rumah gelandangan selama beberapa hari dan enggan pulang ke rumah kerana berasa seronok menerima makanan percuma daripada orang awam setiap malam.

Foto - @jesmartini (TikTok) / Edinburgh Live

Jangan Panik, TikTok Ajar Cara Temui Anak Yang Hilang Dalam Masa Singkat

February 16, 2021
Foto - The Hollywood Reporter

Katy Perry Bangga Terima Bayaran Paling Mahal RM100 Juta Jadi Juri American Idol

May 26, 2017

“Bagaimanapun, Noor Ayrill Aqasha yang kehabisan wang telah menaiki bas percuma Go-KL untuk ke rumah ibunya, namun dia terlupa jalan ke rumah ibunya membuatkan dia hilang arah sehingga ditemui semalam (Sabtu),” katanya ketika dihubungi Bernama malam Ahad.

Chong berkata ibu bapa Noor Ayrill Aqasha telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada 8 malam tadi untuk memberikan keterangan berhubung perkara ini.

Menurut Chong, Noor Ayrill Aqasha tidak mahu pulang ke rumah kerana risau dimarahi ayahnya maka dia membuat keputusan untuk menetap di kawasan gelandangan selama beberapa hari.

IKLAN

“Kanak-kanak ini akan pulang dan tinggal bersama ibunya hasil perbincangan kedua ibu bapanya yang berjanji tidak mengabaikan anak mereka pada masa depan,” katanya.

Noor Ayrill Aqasha dilaporkan hilang pada 31 Okt lalu selepas keluar dari bilik sewa bapanya di Jalan Jejaka 5, Taman Maluri, di sini.

Kehilangan Noor AyrillAqasha tersebar di laman sosial sejak semalam selepas ibu bapanya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi mereka selain memaklumkan kepada polis.

Kanak-kanak itu bagaimanapun ditemui bersendirian oleh abang rakannya, Mohd Ismail Abdullah, 15, di sebuah perhentian bas di Bukit Ampang, di sini kira-kira 7.30 malam pada Sabtu dalam keadaan lemah

SUMBER

Tags: berita dan isu semasakanak-kanak hilangNoor Ayrill AqashaSeronok Hidup Gelandangan Punca Noor Ayrill Aqasha Hilang
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing?

Juadah Rare Yang Hanya Ada Masa Bulan Puasa Saja, Semua Sedap!

Tak Payah Oven, Guna 6 Bahan Dah Boleh Jadi Pizza Paling Sedap!

Cantik Kaftan Dress Di Kedai Ini, Sesuai Pakai Masa Puasa Dan Raya

Susah Betul Nak Tidur, Cuba 5 Resepi Susu Panas Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.