Nama yang tidak asing lagi dalam dunia blog kecantikan, Nura Afia seorang blogger berhijab kini diangkat sebagai duta kempen terbaru CoverGirl.
Afia bekerjasama dengan CoverGirl bagi produk maskara terbaru mereka So Lashy! Turut bersama Afia ialah pemuda 17tahun, James Charles yang baru-baru ini mengemparkan dunia kecantikan kerana beliau adalah lelaki pertama yang diambil sebagai penghias wajah Cover Girl.
Bersesuaian dengan konsep #LashEquality, CoverGirl berjaya menarik perhatian masyarakat dengan mengetengahkan konsep diversiti dalam memilih jurucakap bagi produk mereka. Antara nama besar yang turut sama ialah Sugar Symphony YouTubers Chloe + Halle, aktres Sofía Vergara, DJ dan aktres Amy Pham, dan penyanyi Katy Perry.
Khamis lalu, Afia menghadiri majlis pelancaran CoverGirl di Times Square, New York. Ramai peminat beliau yang mengambil peluang untuk merakam gambar bersama dan yang paling menarik, terpampang gambar gadis berhijab tersebut bersama duta yang lain di iklan billboard gah Times Square.
Kempen seperti ini sebenarnya berjaya membuka mata dunia yang kecantikan itu datang dari pelbagai bentuk subjektif dan pihak CoverGirl yang berani membawa konsep tersebut.
Tahniah CoverGirl dan Nura!