Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan kehadiran nama besar Buddy Valastro yang mahir dalam pembuatan kek. Sebagai generasi ke-4 yang melangsungkan legasi pembuatan kek berkenaan, ia adalah berlandaskan kreativiti. kepuasan serta kebanggan. Membuat kek yang menakjubkan sering kali mengingatkan Buddy terhadap mediang bapanya, Buddy Sr serta seluruh sejarah kekeluargaan Italinya. Bakat serta minatnya yang mendalam untuk meneruskan lagasi kukuh keluarganya itu menjadikan nama Carlo Bakery mahsyur dimana-mana kini sehingga ia disunting oleh TLC TV untuk mewujudkan sebuah siri televisyen yang diberi nama CAKE BOSS.
Mula bertapak di daerah Hoboken, New Jersey untuk yang pertama kali, Buddy dan kaum keluarganya mula membina fasiliti membuat kek seluas 70, 000 kaki persegi pada tahun 2011 sambil membuka tiga lagi cawangan kedai kek baru pada tahun 2013. pada tahun 2014 pula, dua buah cawangan baru dikenali sebagai Carlo’s Bakery Morristown di New Jersey serta Carlo’s Bakery Las Vegas yang merupakan satu-satunya syarikat pertama dibuka di daerah Pantai Barat.
Sering berfikiran terbuka dan jauh dalam memperluas empayar keluarganya, Buddy berbangga kerana dapat memimpin legasi keluarganya sehingga dapat menjadi perhatian dunia, lebih-lebih lagi apabila diberi peluang muncul dalam rancangan realitinya sendiri, CAKE BOSS. Pahit getir yang dilalui selama ini menjadi begitu bermakna. “Saya mula jatuh cinta dengan pembuatan kek dan menemui pekerjaan yang saya minati itu ketika umur saya 11 tahun. Dan sehingga kini saya masih mempunyai perasaan yang mendalam terhadapnya. Saya suka apa yang saya buat, dan saya tahu saya mempunyai bakat. Dan untuk itu, saya bersyukur dan berasa sangat bertuah”, jelas Buddy.
“Saya boleh mendpaat inspirasi rekaan kek dari apa sahaja yang saya lihat, dari seni bina, ilham dari fesyen malah ilham dari alam sekalipun. Apa yang saya perlu buat adalah hanya membuka mata pandangan saya untuk mendalami sesuatu jiwa”, tambahnya lagi.
Sehingga kini, rancangan CAKE BOSS telah ditayangkan di lebih 200 buah negara, mempunyai 45 pilihan bahasa dan ditonton oleh satu setengah billion penonton di seluruh dunia! Jangan lupa tonton CAKE BOSS musim ke-8 bermula pada esok, 9 November 2016, setiap hari rabu jam 9pm hanya di TLC Astro saluran 707.