Sempena ‘hari Pocky’ pada 11 November, syarikat pengilang makanan Jepun Ezaki Glico Co., Ltd. (Osaka, Jepun) akan memulakan ‘Kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky’ pada 2 November mengajak para peserta mengumpulkan senyuman.
Kempen akan dilancarkan di Jepun, China, Taiwan, Indonesia, dan Malaysia di mana POCKY, salah satu biskut coklat Jepun paling popular yang sedang meraikan ulang tahunnya yang ke-50, begitu digemari ramai.
11 November adalah satu hari keraian yang besar bagi Pocky di Jepun. Bukan sahaja hari untuk menikmati Pocky, tetapi hari untuk menunjukkan kreatif dan riang gembira dengan Pocky. Itulah hari saat-saat penuh keriangan dikongsi bersama.
Mesej jenama berbunyi ‘Kongsi keriangan!’ – Pocky percaya senyuman seseorang adalah lambang keriangan, dan dengan berkongsi senyuman, akan membawa perkongsian keriangan seluruh insan. Jadi ‘kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky’ terbit daripada kepercayaan ini.
Laman web rasmi bagi ‘kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky’ memaparkan ‘PEMBILANG SENYUMAN’ yang membilang jumlah foto senyuman dalam waktu sebenar di Facebook peserta yang terkumpul sepanjang tempoh kempen. Peserta boleh menyertai kempen dengan mengambil foto senyuman mereka dan membuat posting/berkongsinya dalam laman web rasmi.
Acara ‘kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky’
Para peserta akan dapat menghadiri ‘kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky’ untuk mencari berapa banyak foto senyuman ada di Facebook mereka dan untuk memaparkan keputusannya dalam ‘PEMBILANG SENYUMAN’.
Butir-butir acara seperti berikut:
Nama: Acara Kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky
Tarikh: Jumaat 11 November ─ Ahad 13 November 2016
Tempat: Berjaya Times Square, 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Peraduan Senyuman Terbaik Pocky!
Bagi melayakkan diri untuk peraduan Senyuman Terbaik Pocky, semua senyuman perlu dikemukakan sebelum 30 November. Apabila semua senyuman telah dikemukakan, anda akan berpeluang melawat ke Kilang Pocky di Jepun, tempat senyuman dihasilkan! Kemukakan senyuman anda hanya dengan klik butang mohon di halaman kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky, masukkan maklumat yang dikehendaki, dan kemukakan permohonan bersama foto senyuman anda yang terbaik dan paling berseri!