Rakyat Malaysia kini dengan mudah boleh mendapatkan hasil-hasil segar di atas talian, (www.11street.my) dengan 11street memperkenalkan pelbagai produk segar di platformnya. Menerusi kerjasama dengan ‘Just Order Conveniently On Mobile’ (JOCOM), produk-produk seperti sayuran, ayam organik yang menerima pensijilan halal, telur dan roti kini didapati di 11street.
Inisiatif ini akan dilaksanakan secara beransur-ansur, di mana pelanggan di Lembah Klang akan menerima tempahan makanan segar mereka dalam tempoh 24 jam. Namun, perkhidmatan penghantaran serupa akan diperluaskan kepada pasaran di Pulau Pinang, Johor Bahru menjelang akhir tahun ini dan seluruh Semenanjung Malaysia pada tahun hadapan.
Segala keperluan anda di bawah satu bumbung dengan tawaran RM1
Untuk memulakan langkah 11street dalam menawarkan produk segar, pembeli kini boleh membeli dua item – 10 unit telur Gred C dan Gardenia Classic White Bread – pada RM1 setiap satu. Tawaran itu adalah atas dasar first-come-first-serve.
Usaha sama baharu tersebut akan memperlihatkan tambahan 1,000 hasil segar daripada JOCOM ke dalam inventori 11street menjelang akhir tahun ini. Selain tuaian segar sayur-sayuran dan ayam, pelanggan juga boleh mendapatkan makanan sejuk beku seperti ikan dan makanan laut, sekali gus meningkatkan pengalaman membeli-belah menerusi 11street.
Sekiranya mereka mendapati barangan yang ditempah tidak memuaskan, 11street akan membuat penghantaran semula produk baharu dalam tempoh 24 jam seterusnya atau menyediakan pembayaran semula penuh.
“Dengan memperkenalkan kategori ‘Makanan Segar, Sejuk dan Beku’, kami berupaya memperkayakan dan memperluaskan lapan kategori produk sedia ada agar pelanggan terus berupaya menemui produk-produk yang mereka gemari di 11street,” jelas Hoseok Kim, Ketua Pegawai Eksekutif 11street.
Produk ikan empurau dijual pada harga permulaan RM700 sekilogram ke atas dan hanya boleh didapati di 11street mulai hari ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.11street.my.