Masih ingat lagi penangan foto yang dirakam oleh seorang jurugambar popular yang berasal dari Rusia ini?
“Projek Follow Me ini telah bermula sekitar tahun 2012 berdasarkan sebuah konsep untuk menunjukkan kecantikan serta keunikkan pelbagai lokasi indah di seluruh dunia. Ia adalah cerita yang disampaikan oleh mata (pandangan) oleh dua orang pengembara yang ingin berkongsi gambaran tentang gaya hidup dan budaya orang tempatan di setiap negeri kunjungan melalui fotografi”. -Murad Osmann
Apa yang menjadikan foto istimewa ini viral dalam kalangan netizen Instagram adalah ia apabila jurugambar tersebut menghulurkan tangan sambil merakam gambar teman wanitanya dari belakang. Sweet sangat!
Buat julung kalinya, pasangan itu kembali ke Agra, India untuk merakam kenangan indah selepas baru sahaja mengikat pertalian sebagai suami isteri! Tahniah Murad Osmann dan Nataly Zakharova!
Namun begitu, kali ini mereka membuat rakaman spesifik yang berlokasi di Taj Mahal…
Seolah-olah mengabadikan cinta Shah Jahan bersama Mumtaz Mahal…
“Kami ingin kembali ke Taj Mahal untuk mengambil gambar dari sudut yang berlainan dan untuk itu, kami berbangga dengan hasilnya”, jelas Murad.
Dalam foto yang dirakam, Nataly kelihatan hebat dalam persalinan tradisional kaum india yang diberi sentuhan lebih moden oleh pereka Abu Sandeep dan ditata rias oleh Mohit Rai.
“India adalah Inspirasi kami dan kami tetap akan kembali ke sini untuk gambar-gambar yang lebih menarik.”
“Mungkin kami akan sambung pengembaraan kami di daerah Kerala dan Ladakh pula tahun hadapan”, tambahnya.