2017 menandakan ulang tahun ke-10 Botol Edisi Terhad evian. Untuk merayakan mercu jaya yang menakjubkan ini, evian dengan sukacitanya berganding bahu sekali lagi dengan House of Christian Lacroix. Tepat satu dekad yang lalu, evian dan House of Christian Lacroix memperkenalkan botol Edisi Terhad evian yang pertama, seterusnya merintis jalan untuk kerjasama dengan para pereka fesyen paling hebat.
Untuk merayakan kejayaan gilang-gemilang ini, House of Christian Lacroix memberi penghormatan kepada semangat hati muda evian dengan mencipta semula corak Paseo. Direka khas untuk Haute Couture, corak sulaman halus ini digunakan buat pertama kali di luar koleksi fesyen Christian Lacroix pada botol Edisi Terhad pertama evian pada tahun 2007. Sejak itu, ia telah menjadi satu rekaan ikon House of Christian Lacroix.
evian dan Christian Lacroix merasakan adalah wajar merayakan 10 tahun cerita unik ini dengan botol baru yang masih mengekalkan corak ikonik Paseo, tetapi dibawakan dalam dua warna Christian Lacroix yang baru dan unik – merah jambu dan biru.
Memandangkan Christian Lacroix juga menyambut ulang tahun kejayaan ke-30 tahun pada 2017, sememangnya tepat untuk merayakan dan memberi penghormatan kepada Christian Lacroix’s Joie de Vivre dan semangat evian Live Young. Versi baru Edisi Terhad Paseo untuk 2017 menggambarkan ketulenan daya kreatif Christian Lacroix – ranggi, gaya Paris sejati, dan dengan semangat hati muda yang murni.
Botol Edisi Terhad evian® x Christian Lacroix disediakan dalam ukuran 75 sentiliter, dan boleh dibeli di pasar raya premium terpilih pada harga RM21.90 mulai Disember 2016. Juga boleh didapati di hotel, restoran dan peruncit terpilih.