LANEIGE tidak ketinggalan melancarkan koleksi produknya sempena musim perayaan ini. Memperkenalkan koleksi Milky Way Fantasy Collection dari LANEIGE yang diinspirasikan dari keindahan bintang malam dan warna bintang Bima Sakti ‘Milky Way’ sebagai desin didalam koleksi yang khas yang mengumpulkan himpunan best-selling produk LANEIGE.
Milky Way Fantasy Collection sesuai dijadikan hadiah kepada yang tersayang atau sebagai cenderahati kepada diri anda untuk memanjakan diri untuk hari perayaan akan datang.
Desin esklusif edisi terhad Milky Way Fantasy Collection ini hanya boleh didapati pada produk penjagaan kulit, antaranya LANEIGE Water Sleeping Mask, Basic Moisture Set dan BB Cushion Whitening. Selain itu, LANEIGE memperkenalkan juga rangkaian solekan mempesonakan umpama fantasi Bima Sakti iaitu LANEIGE Two Tone Lip Bar lipstick warna Bloody Dress dan Mystic Rose, Two Tone Shadow Bar palet pembayang mata Milkyway Burgundy dan Smoky Dust.
Bagi anda yang mencari set hadiah yang lengkap, LANEIGE memberikan 8 koleksi set hadiah:
Fantasy Basic Duo Set (RM245)
Set khas untuk mendapatkan kulit mulus dan kekal lembab sepanjang musim perayaan. Didatangi dengan Essential Power Skin Refiner 200ml, Balancing Emulsion Moisture 120ml, Water Bank Essence 10ml, Water Bank Moisture Cream 10ml dan Water Sleeping Mask 15ml.
Fantasy Water Holiday Set (RM290)
Rangkaian penjagaan kulit yang mampu memberi kelembapan kulit maksima The Laneige Water Bank Essence. Rawatan kulit selama 24jam bersama Water Bank Essence 60ml, Water Bank Gel Cream 50ml, Water Sleeping Mask 15ml (3x), Water Bank Eye Gel 3ml dan White Shimmer Pouch.
The ‘Mask’ Have Holiday Set (RM190)
Ingin manjakan kulit anda dengan koleksi terbaik mask Laneige? Hadiahkan diri anda dengan 3 mask yang berlainan iaitu All Day Anti Pollution Defensor, Water Bank Essence EX dan Cool Eye Pack.
Bright and Clear Holiday Set (RM280)
Dapatkan kulit cerah berseri dengan koleksi ini, didatangi dengan Clear C Advanced Effector 150ml yang kaya dengan kuasa Vitamin C. Juga White Plus Renew Capsule Sleeping Pack 3g (2x), penjagaan kulit malam yang bakal memberi kecerahan semulajadi pada kulit wajah anda. White Plus Renew Original Essence 7ml, Oil-Free Cleansing Liquid 25ml dan White Shimmer Pouch.
Snowflake Holiday Set (RM290)
Memerlukan produk rutin penjagaan wajah yang memberi hasil putih yang berseri? Cubalah set Snowflake yang mempunyai rangkaian produk White Plus Renew Skin Refiner yang menyerap pantas kedalam kulit dan meninggalkan kelembutan dan memutihkan kulit. Diformulasi khas untuk kulit wanita Asia bagi membantu mengurangkan masalah kulit kusam dan kemerahan. Mengandungi White Plus Renew Origanal Essence 40ml, White Plus Renew Skin Refiner 120ml, White Plus Renew Emulsion AD 25ml, White Plus Renew Eye Cream 3ml, White Plus Renew Oroginal Cream AD 20ml dan Blue Shimmee Pouch.
Fantasy Beauty Essentials Set (RM150)
Wajib ada! Set khas untuk peminat solekan. Laneige hadiahkan anda edisi terhad Holiday BB Cushion, lipstik Laneige berharga RM75 (bukan edisi terhad) dan set berus solek yang dibungkus khas.
The Perfect Holiday Set (RM200)
Kembalikan keanjalan dan raut wajah awet muda dengan set khas ini yang didatangi rangkaian produk Perfect Renew EX. Perfect Renew Regenerator 40ml, Perfect Renew Skin Refiner EX 15ml, Perfect Renew Emulsion EX 15ml, Perfect Renew Cream EX 10ml, Perfect Renew Regenerating Mask 1keping dan Blue Shimmer Pouch.
The Homme Fantasy Set (RM170)
Laneige juga tidak lupa pada kaum lelaki yang mementingkan penjagaan kulit. Perkenalkan set on-the-go khas untuk kaum adam, mencerahkan tona kulit dan mengembalikan tekstur baik kulit dengan mengecilkan pori-pori pada masa yang sama. Homme Dual Action Lotion 40ml, Homme Dual Action Cleanser 150ml, Homme Dual Action Toner 25ml, Homme Dual Action Lotion 5ml, Water Sleeping Mask 15ml dan Homme Pouch.
Kesemua rangkaian produk dan set koleksi LANEIGE Holiday Limited Edition boleh didapati di kaunter atau butik LANEIGE seluruh negara bermula November 2016.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai LANEIGE dan koleksi LANEIGE Holiday Limited Edition layari laman rasmi LANEIGE atau Facebook Laneige Malaysia.