Hidup ini kadang-kala tidak keruan. Namun, penjagaan kulit tidak harus begitu. Mary Kay memperkenalkan barisan produk Botanical Effects® Skin Care yang telah diberi ‘nafas baharu’. Apa yang baharu? Kesemuanya. Kami mempermudah, memberi wajah baharu, menyemai infusi antioksidan kepada barisan produk ini supaya hidup pengguna menjadi lebih mudah. Semuanya dilakukan supaya kulit kelihatan cantik dan mulus dan mula berasa lebih ‘hidup’ dan segar.
Ehwal Produk
- Botanical Effects Gel Cleanser: Membersih sedalamnya dan cukup berkesan, bahkan melenyap semua kesan minyak.
- Botanical Effects Exfoliating Scrub: Mengelupas bersih untuk menyisih kulit lesu dan kusam supaya liang kulit segar tercuci sedalamnya.
- Botanical Effects Toner: Kesan kotoran disisih bersih – juga melenyap kulit kusam dan lesu – kulit jadi segar lagi bersih.
- Botanical Effects Moisturizer: Gel penyerap cepat yang tak terasa lekit, bahkan melembap sehingga 12 jam.
- Botanical Effects Moisturizer SPF30: Memelihara daripada sinar suria dan ditambah pelembapan 12 jam dengan satu langkah yang amat mudah.
Ehwal Ramuan
Buah naga: Sumber alam yang hebat
- Dikenali juga sebagai pitaya, buah naga menandungi asid lemak dan beberapa vitamin B-kompleks, termasuk sering dipanggil “vitamin antistres” B1 (thiamin), serta B2 (riboflavin) dan B3 (niacin).
- Juga kaya dengan mineral seperti zat besi, kalsium dan fosforus.
- Ekstrak buah naga yang turut diformula dalam Botanical Effects® Skin Care sangat kaya dengan antioksidan yang boleh membantu mengekang radikal bebas perosak kulit.
Aloe: boleh diharap + lagenda
- Antara tanaman paling berkhasiat di dunia, gel aloe mengandungi lebih 75 nutrien, termasuk 20 zat galian dan 12 vitamin.
- Aloe vera didapati boleh mengekal hadang kelembapan, juga mengandungi vitamin E yang tinggi, suatu sumber antioksidan untuk penjagaan kulit.
- Aloe juga didapati merangsang kesihatan kulit dan pembaikan sel.
- Ekstrak aloe dalam Botanical Effects® Skin Care membekal lebih antioksidan kepada kulit anda.
Mary Kay Botanical Effects kini boleh diperoleh menerusi Mary Kay Independent Beauty Consultants (03-7711 7500) dengan harga berikut:
- Botanical Effects Gel Cleanser RM 75 – 127g
- Botanical Effects Exfoliating Scrub RM 75 – 88ml
- Botanical Effects Toner RM 75 – 147ml
- Botanical Effects Moisturizer RM 85 – 85g
- Botanical Effects Moisturizer SPF 30 RM 65 – 50ml