Rapper dan ahli kumpulan K-pop BIGBANG, T.O.P hari ini selamat menjalani ujian kelayakan untuk kemasukan latihan ketenteraan bagi khidmat polis.
Pada 25 Oktober lalu, T.O.P sudah pun menjalani ujian tersebut dan diserap masuk ke dalam skuad khas. Untuk memastikan beliau layak ditempatkan didalam skuad, beliau terpaksa menghadapi lagi ujian tambahan iaitu ujian secara praktikal.
T.O.P atau nama sebenar Choi Seung-hyun dilahirkan pada 1987, dan jika beliau berjaya didalam kedua-dua ujian tersebut, beliau akan memulakan sesi latihan khidmat ketenteraan pada tahun hadapan.
Di Korea Selatan, kerajaan mewajibkan kepada semua rakyat lelaki untuk menyertai latihan ketenteraan pada umur 18 hingga 35 tahun. Meraka akan berkhidmat selama 21-24 bulan bergantung kepada pusat petempatan yang dilayakkan seperti Tentera, Marin, Polis selama 21 bulan, Tentera Laut selama 23 bulan dan Tentera Udara pula selama 24 bulan.
Sementara itu, BIGBANG pula merancang untuk membuat kemunculan semula pada tahun ini.