Dalam dunia yang pesat berkembang, ramai yang mengambil masa bagi mengunjungi spa untuk bersantai dan berehat sebentar. Tetapi, bagaimana jika anda boleh menikmati suasana spa yang menenangkan dan memulihkan minda diruang tamu anda sendiri?
Mt. Sapola mewujudkan suasana kediaman yang menenangkan sambil menikmati kesihatan minyak pati (essential oil) tulen. Konsep disebalik produk-produk Mt.Sapola adalah mudah: menikmati rawatan spa di kediaman. Orang ramai boleh menikmati manfaat alam semulajadi melalui produk-produk aromaterapi dengan mudah di kediaman mereka di samping mengelakkan kos rawatan yang mahal.
Home Scents Mt. Sapola telah menjadi popular dikalangan peminatnya di negara lain kerana ia berkekalan, bebas-nyalaan dan mudah diselenggarakan. Daripada 13 haruman dalam rangkaian ini-haruman Serai dan lavendar adalah paling laris. Tetapi, bagi mereka yang ingin mewujudkan suasana lain dari yang lain dalam kediaman mereka-minyak pati ini boleh diadun bagi menghasilkan keharuman yang unik.
Kombinasi dari minyak pati Mt. Sapola mewujudkan haruman lembut seperti kombinasi bauan Vanilla dan Cendana atau eleman sitrus yang menceriakan suasana seperti Bergamot.
Jika diberi kombinasi contohnya Eucalyptus dan Rosemary ia sesuai untuk melegakan sakit kepala dan meredakan tekanan mental. Tiada cara yang beul atau salah untuk mengadun haruman anda sendiri kerana ia suatu yang bersifat peribadi.
Bagi membantu menyemarakkan haruman di kediaman, Mt. Sapola menawarkan pelbagai asesoru arometarapi seperti pemegang lilin dan pembakar elektrik yang diperbuat daripada seramik, terakkoa, batu pasir dan tembikar tulang. Mereka juga menawarkan satu rangkaian peresap (diffuser) dan penebula (nebulizer) yang diperbuat daripada kaca, akyu serta seramik yang menambahkan aura sofiskated didalam kediaman anda.
Mt. Sapola dihasilkan dengan hanya menggunakan bahan-bahan botani terbaik dan minyak pati 100% tulen. Bagi Cheryl Gan, Pengarah Urusan dan Pengasas Mt. Sapola untuk memperolehi minyak pati ini amat dititik beratkan oleh beliau. Bermula dari melawat ladang sehinggalah ke kilang penyulingan, beliau akan memantau kualiti tuaian dan memilih minyak yang terbaik untuk Mt. Sapola.
Anda boleh mencari rangkaian minyak pati Mt. Sapola di Malaysia di:
Pavilion Kuala Lumpur, 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid Shopping Mall, Ikano Power Centre, Gurney Paragon Penang dan Gurney Plaza Penang.