Sejak sekian lama, peningkatan permintaan terhadap produk-produk kertas telah memberikan cabaran yang berpanjangan terhadap usaha pemeliharaan hutan. Jika ia diuruskan dengan betul, ia sebenarnya merupakan sumber boleh-diperbaharui yang mempunyai impak minimum terhadap iklim dunia.
Usaha dalam mendidik pengguna Malaysia mengenai pembungkusan boleh-diperbaharui dan kepentingan dalam penggunaan label FSC telah menggalakkan Tetra Pak untuk berganding tenaga dengan organisasi bukan berasaskan keuntungan, Forest Stewarship Council (FSC) Asia Pasifik untuk melancarkan kempen ‘The Pack That Grows Back’.
Label FSC memberikan jaminan kepada pengguna bahawa kayu-kayan dan produk kertas yang dibeli datangnya daripada sumber yang bertanggungjawab dan telah disahkan memenuhi standard alam sekitar dan sosial FSC yang ketat.
Sehingga April 2016, 200 bilion karton Tetra Pak mempamerkan label FSC di 39 buah negara di seluruh dunia, sementara 100% kilang dan syarikat-syarikatnya adalah pemegang pensijilan Rantaian Penjagaan FSC. Karton berlabel FSC juga disediakan di pasaran Malaysia sejak tahun 2014.
Antara jenama-jenama yang membungkus produk mereka dalam karton Tetra Pak adalah Ace Canning, Amoy Canning, Dutch Lady, Etika, F&N, Linaco, Marigold, Nestle, Tropicana dan Yeo’s. Untuk mengenal pasti label FSC di karton-karton Tetra Pak, cari logo ‘pohon dengan tanda semakan’ yang tertera di atasnya.
Tetra Pak menyeru semua rakyat Malaysia memilih katon yang mempunyai logo ‘FSC’ sebagai tanda bantu melindungi hutan dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai, sila layari laman rasmi Facebook Tetra Pak atau laman sesawang www.tetrapak.com
#MyPackThatGrowsBack