Air embun adalah titisan air yang terbentuk di permukaan sejuk seperti besi, kaca mahupun daun-daun tumbuhan pada waktu malam. Ia adalah tindak balas lembapan terpeluwap dari atmosfera.
Orang dulu-dulu sering memanfaatkan kebaikan alam semula jadi. Selain tumbuh-tumbuhan, penggunaan air embun dalam rejim kecantikan juga turut dipratikkan bagi mengekalkan kecantikan luar dan dalaman wanita.
Penulis pernah dengar, puteri bunian dari alam ghaib sering menyapu air embun di bibir agar bibir tampak merah dan cantik sentiasa. Kesahihannya, Wallahu a’lam.
Namun setelah dirujuk, air embun sememangnya berguna sebagai alternatif lembapan terbaik yang bisa menyembuh dan mencantikan kulit. Ini kerana, air biasa hanya mengandungi oksigen sebayak 4-6 ppm (parts per million) manakala air embun pula memiliki konsistensi yang lebih sejuk kerana kandungan oksigennya yang lebih tinggi iaitu sebanyak 14-16 ppm.
Baca Artikel: INFO PENTING! INI MANFAAT LUAR BIASA MINUM AIR PUTIH SAAT PERUT KOSONG DI PAGI HARI
Tips Mendapatkan Air Embun:-
#1 Perhatikan cuaca. Jika hujan pada petang hari, malam tersebut adalah waktu terbaik untuk menadah air embun iaitu sekitar jam 12am hingga subuh.
#2 Sediakan bekas bersih tanpa tutup dan biarkan 3/4 dari bekas atau besen itu diisi air mineral atau air suling biasa. Letakkan di tempat-tempat rata dan tinggi yang tidak mudah dimasuki sebarang anasir luar seperti di atas bumbung kereta dan sebagainya.
#3 Jika bekas air anda itu terlalu besar, anda mungkin boleh juga menutup sebahagian mulut bekas tersebut dengan plastik pembalut.
#4 Air embun yang baik adalah tepat pada jam 7.00am. Tapiskan air untuk menyekat kotoran yang mungkin telah termasuk ke dalam takungan dan anda boleh terus menggunakannya sebagai air cucian wajah mahupun sebagai minuman.
Manfaat Air Embun Pada Manusia:-
#1 Memelihara Sel Tubuh Dari Dalam
Air embun bisa menjaga kecantikan tubuh kita dari dalam bila diminum secara rutin setiap pagi. Pada pukul 4 sampai 6 pagi biasanya air embun mulai muncul di dedaun pada pohon. Air ini bisa membantu detoksifikasi dan menjaga sel-sel kulit dan organ dalam tubuh tetap sehat. Tubuh jadi bersih sehingga kulit lebih merona dan tidak kusam.
Selain itu, tubuh juga akan berfungsi 20 -30 peratus lebih efisyen berbanding biasa tahu? Air emban berfungsi menyah toksin dari badan sekaligus meningkatkan daya tubuh untuk menghalang serangan penyakit dan virus. Oh! Air embun juga dipercayai dapat memulih penyakit buah pinggang.
#2 Jadikan Rupa Paras Awet Muda
Nak awet muda? Kenalah amalkan meminum air yang diembunkan. Khasiatnya sama dengan air beras. Percayalah bahawasanya jika anda mengamalkan penggunaan air embun sebagai sebahagian rejim kecantikan serta meminm ia sebagai minuman menyihatkan, sel-sel kulit akan mula menjadi remaja semula. Anda akan cantik luar dan dalam!
#3 Tingkat Kesegaran Kulit
Gunakan kaedah menyapu dan menepuk air embun pada wajah. Tepuk dengan lembut pada wajah sehingga air menyerap secara menyeluruh. Kulit anda pasti kelihatan lebih segar dan semakin hari anda akan melihat kekusaman kulit semakin berkurang dengan izinNYA.
#4 Pulih Masalah Kulit
Selain boleh diminum, air yang diembunkan boleh mengatasi masalah kulit seperti masalah kulit berjerawat dan berminyak disebabkan kandungan oksigen yang tinggi.
#5 Bantu Atasi Masalah Jerawat
Amalkan menyapu air embun pada kulit wajah yang berjerawat. Manfaatkan air yang diembunkan sebagai toner untuk mengecilkan liang pori wajah agar ia tidak lagi tersumbat dengan kotoran sehingga menggalak kemunculan jerawat degil.
Caranya, masukkan air yang diembunkan di dalam botol semburan dan sembur pada wajah pagi (selepas mandi) dan malam (sebelum tidur). Dua waktu ini adalah waktu terbaik kerana ia merupakan waktu tubuh melakukan proses detoksfikasi.
Selamat beramal!
Baca Artikel: TABIAT PENJAGAAN WAJAH CARA KOREA YANG SEMUA WANITA PATUT AMALKAN