Untuk anda yang gemarkan rasa coklat berkacang, anda pasti naik gila apabila mendapat tahu yang McCafe ada menawarkan burger berinti lapisan coklat mewah jenama Nutella!
Ini dia, ‘Sweety with Nutella’ baharu! Yumm!
‘Sweety with Nutella’ adalah sejenis burger pencuci mulut, di mana sapuan coklat Nutella pekat itu kemudiannya diapit oleh dua keping bun burger manis.
…dan ramai yang mula berebut-rebut untuk mencuba dan merasai kehebatan burger coklat istimewa itu!
https://www.instagram.com/p/BMrnhtKBAg7/
https://www.instagram.com/p/BMwxHOwANbS/?tagged=nutellaburger
Cuba tonton video ini. Seperti mana coklat itu meleleh keluar dari bun burger, begitu jugalah kecurnya air liur anda melihatnya! Penyeksaan apakah ini!
Tapi sayangnya, ‘Sweety with Nutella’ ini hanya boleh didapati di cawangan McDonald’s/McCafe sekitar Itali sahaja.
Hmm… Doa-doalah supaya burger berinti Nutella mewah ini akan sampai di Malaysia tidak lama lagi. Pretty pleaseee @My.McDonalds