Juliana Evans, orangnya kecil molek sentiasa dilihat berseri-seri sama ada dengan solekan di wajah mahupun tidak. Terfikir juga apa agaknya produk yang digunakan pelakon ini dalam mengekalkan seri di wajah?
Hah, inilah rahsia Juliana!
Menurut Juliana, dia gembira melihat kulitnya lebih berseri berbanding sebelum ini. Duta jenama nanowhite, juga merupakan seorang pelakon, model dan personaliti TV, percaya dengan produk ini, ia membantunya tampil berseri dan cantik di hadapan kamera setiap hari.
“Dengan berbagai komitmen yang perlu saya uruskan, jadual harian saya sangat padat. Kadang-kadang saya terlalu letih dan terpaksa skip rutin penjagaan kulit saya. Tetapi saya tahu saya perlu melindungi kulit saya kerana saya selalu melakukan pengambaran di luar dan kulit saya terdedah dengan berbagai faktor persekitaran yang menyebabkan kulit saya menjadi kusam. Disebabkan itu, saya selalu berharap untuk mencari produk penjagaan kulit yang mudah digunakan dan kesan yang berkekalan, nanowhite adalah impian menjadi nyata!” kata Juliana.
Menurut Juliana, hanya dengan tiga langkah menggunakan produk Double Action Whitening Gel-Cream, Skin Renewing Aqua Gel dan Intensive Brightening Mask sudah mencukupi untuknya mendapat kulit cerah dan berseri yang diingini.
“Saya sangat menyukai nanowhite Double Action Whitening Gel-Cream! Ia benar-benar mencerahkan kulit saya dan kesannya tahan lama. Saya tidak perlu lagi bimbang tentang kulit kusam. Yang paling penting, gel krim ini tidak melekit dan sangat ringan, jadi saya boleh sapukannya pada waktu siang atau malam tanpa sebarang kerisauan – sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai jadual yang sibuk dan tidak menentu seperti saya!” jelas Juliana.
Seperti semua produk nanowhite yang lain, tiga formula baru ini padat dengan teknologi luar biasa yang dipanggil “Nano Skin-happy”. Dengan teknologi ini, nanowhite adalah satu-satunya rangkaian penjagaan kulit dengan Endorfin ‘happy’ yang membuka liang-liang roma untuk penyerapan yang lebih baik, serta molekul nano yang 1000 kali lebih halus untuk terus diserap masuk jauh ke dalam kulit. Dengan bantuan Omega White-C, ia membolehkan bahan pencerah diserap dengan lebih cepat dan berkesan dari dalam.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk nanowhite, layari laman Facebook di www.facebook.com/nanowhite.