Ramai wanita yang kadang-kala keliru dengan saiz bra sendiri. Malah, bukan saiz sahaja yang mengelirukan, jenis kepelbagaian bra yang terdapat di pasaran pun agak memeningkan kepala. Buntu rasanya untuk memilih meskipun dibantu oleh jurujual yang sibuk mempromosikan koleksi terkini dari sesetangah jenama pakaian dalam.
Apa yang penting adalah keselesaan di samping memberi manfaat kepada kesihatan payudara. Tidak seperti membeli tudung, harga bra atau baju dalam berkualiti bisa mencecah ratusan ringgit namun tiada apa yang perlu digusarkan kerana dengan penjagaan yang rapi, ia bisa melangkau jangka hayat yang agak lama dari 6 ke 9 bulan.
Yang menjadi persoalannya kini, bra yang bagaimanakah sesuai mengikut individu? Ini Wanista kongsikan panduan jenis-jenis bra serta fungsinya sekali!
#1 Push-up Bra
Untuk: Semua jenis saiz payudara
Dapat memantapkan bentuk payudara sekaligus menyerlahkan garisan lurah. Ia secara tidak langsung berperanan untuk memaparkan bentuk payudara yang lebih seksi, lebih-lebih lagi untuk payudara yang kecil.
#2 Bandeau
Untuk: Semua jenis saiz payudara
Bandeau biasanya tidak mempunyai tali dan ianya berfungsi seperti tube. Ianya melekap pada badan dan terdapat dalam pilihan berlapik dan tidak berlapik. Lazimnya, bandeau diperbuat dari material fabrik yang elastik dan berserat.
#3 Full Cup Bra
Untuk: Cup C dan ke atas
Ia akan bantu memberi sokongan penuh kepada payudara. Cupnya menutup penuh payudara sehingga ke penjuru dada. Dengan itu bahagian dada akan tampak lebih kemas terutama sekali bagi mereka yang mempunyai payudara bersaiz besar.
#4 Strapless Bra
Untuk: Semua jenis saiz payudara
Khas untuk dipakai apabila menggenakan pakaian tanpa lengan.
#5 Maternity
Untuk: Ibu Mengandung
Ia boleh dipakai oleh ibu mengandung kerana bahagian cupnya boleh dilaras mengikut saiz payudara mereka yang semakin membengkak dan membesar kerana tindak balas hormon.
#6 Nursing Bra
Untuk: Ibu Menyusukan Bayi
Bahagian cup hadapan boleh dibuka bagi memudahkan proses menyusukan bayi tanpa perlu menanggalkan bra sepenuhnya.
#7 Minimizer Bra
Untuk: Cup C dan ke atas
Selalunya akan dipakai oleh mereka yang mempunyai payudara bersaiz besar untuk menampakkan ilusi payudara yang lebih kecil dan rata. Dalam erti kata lain, bra ini sedikit ketat dan akan memampatkan bentuk payudara anda. Reka bentuknya juga lazimnya dilengkapi tali bra yang tebal, tidak berlapik dengan pad serta kain ukur lilit tubuh yang tebal juga.
#8 Convertable Bra
Untuk: Semua jenis saiz payudara
Datang dengan tali bra yang boleh dilaras dan boleh digayakan dengan pelbagai cara agar sesuai dengan pakaian yang digayakan. Bra jenis ini merangkumi elemen gaya dan sokongan.
#9 Sport Bra
Untuk: Semua jenis saiz payudara
Menampung berat payudara supaya tidak terjejas dan kekal selesa saat individu melakukan aktiviti lasak termasuklah sukan yang melibatkan pergerakan fizikal secara drastik.
Baca Artikel: PSTTT! 7 CARA GENIUS HALANG ‘ASET’ ANDA JADI KENDUR
#10 Softcup Bra
Untuk: Cup C dan ke atas
Seperti namanya, material bra ini dibuat dari bahan dan fabrik yang lembut seperti kain renda, kain berjaring, satin dan lain-lain. Apa yang menarik, ia langsung tidak mempunyai sebarang dawai tetapi masih boleh berfungsi sama seperti bra bersokongan yang lain.
#11 Underwire Bra
Untuk: Cup C dan ke atas
Sama seperti Softcup, cuma ia dilengkapi dawai penyokong pada bahagian kelim bawah bra.
#12 Padded Bra
Untuk: Cup C dan ke bawah
Bra jenis ini dilengkapi lapisan empuk berpad untuk memberi ilusi kepada payudara yang lebih kecil kelihatan sedikit menyerlah. Ia juga berfungsi untuk memaparkan bahagian dada yang lebih kemas.
#13 T-Shirt Bra
Untuk: Semua jenis saiz payudara
Direka khas untuk dipakai bersama T-Shirt. Bra berenda selalunya tidak berapa sesuai untuk digayakan bersama T-Shirt kerana garisan fabrik berenda itu akan timbul pada kain T-Shirt yang agak nipis dan jarang. Oleh itu, sebagai alternatif, gayakan T-Shirt Bra ini kerana rekaan permukaannya lebih rata serta dilengkapi lapik pada bahagian dalam cup agar puting dan payudara sentiasa kemas.
#14 Plunge Bra
Untuk: Semua jenis saiz payudara
Rekaannya memang mempunyai jarak yang agak jauh dari cup sebelah kiri dan kanan. Bra ini sesuai digandingkan bersama pakaian yang mempunyai garisan leher yang agak rendah.
Baca Artikel: 6 KESALAHAN DILAKUKAN WANITA KETIKA MEMILIH SELUAR DALAM
#15 Sheer Bra
Untuk: Semua jenis saiz payudara
Sheer Bra selalunya dibuat dari fabrikasi jarang dan mewah seperti renda, satin dan jaringan. Ia tidak mempunyai fungsi untuk menyokong pemakaian harian wanita seperti bra normal kerana kegunaan lebih sebagai suatu perhiasan yang seksi dan cantik. Untuk malam pertama mungkin? 🙂
#16 Racerback Bra
Untuk: Semua jenis saiz payudara
Sesuai untuk digayakan bersama baju atau dress yang mempunyai perincian racerback pada bahagian belakang, agar tali bra tersorok dan tidak kelihatan melekap secara melintang pada bahagian bahu dan belakang badan seperti tali bra normal.
#17 Mastectomy Bra
Untuk: Penghidap Barah Payudara Yang Telah Kehilangan Payudara
Direka khas untuk para pesakit barah payudara yang telah kehilangan sebelah atau kedua belah payudara. Ia akan bantu memegang ‘prosthesis’ iaitu payudara palsu secara rapi bahkan membuatkan si pemakai berasa selesa untuk jangka masa yang panjang.
#18 Demi Bra
Untuk: Cup B dan ke bawah
Mempunyai potongan cup separuh, Demi Bra sesuai dipakai oleh wanita yang mempunyai payudara kecil untuk menyerlahkan lagi bentuk payudara mereka. Cantik juga dipakai apabila menggayakan dress kerana ia akan memberi efek seolah bentuk payudara anda kelihatan penuh dan mampat.
#19 Built-in Bra
Untuk: Semua jenis saiz payudara
Pelapik cup telah dilekap bersama berfungsi sebagai bra pada sebelah dalam bahagian baju atau siglet.
Baca Artikel: 5 TANDA TIBA MASANYA UNTUK GANTI BARU PAKAIAN DALAM ANDA