Wanita hari ini berusaha keras untuk mencapai kejayaan, baik di dalam hubungan mahupun karier. Mereka mungkin berdepan cabaran mengimbangi waktu untuk kerjaya, kehidupan peribadi dan hobi; tetapi mereka tidak menjadikannya hambar. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan bagi menyuntik keyakinan dalam menghadapi hari-hari penuh cabaran. Anda mahu tahu rahsianya?
Justeru itu, Enchanteur berbangga sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi yang berinspirasikan wangian mewah Perancis. Setiap seleksi minyak wangi dicipta istimewa bersama pembuat minyak wangi Perancis supaya tidak hanya memanjakan penjagaan kulit, tetapi juga memberikan pengalaman menakjubkan, malah turut mencipta, mengukuh serta menyemarakkan rasa cinta dalam perhubungan.
Enchanteur Perfumed Shower Crème, wangian yang menyegarkan ini merangsang keceriaan untuk memulai melalui setiap hari anda. Haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian anda penuh kemewahan serta menjadikan anda berasa menawan sepanjang hari.
Rangkaian Enchanteur Perfumed Shower turut diformulasi dengan kandungan pelembap yang melembutkan kulit sambil membersih. Untuk kelegaan diri selepas hari yang panjang, krim mandian dengan haruman mempesona ini dapat membantu anda untuk relaks dan rasa seperti dimanjakan.
Selepas mandi, sapukan Enchanteur Perfumed Lotion pada kulit yang telah dikeringkan untuk kelembapan ekstra dan bagi mengoptimumkan penyerapan untuk kulit yang lebih lembut dan anjal. Losen wangian badan yang diadun bersama minyak wangi Enchanteur mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari.
Kemudian, sebagai perangsang keyakinan, adalah disarankan untuk anda menggunakan deodoran atau semburan badan (body mist). Oleh kerana kita akan berpeluh sepanjang hari walaupun berada di dalam persekitaran berhawa dingin, gunakan Enchanteur Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu anda kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian.
Rejim penjagaan diri disempurnakan dengan semburan Enchanteur Eau de Toilette. Semburan dilakukan di titik denyut nadi anda bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan wangian yang dicalit dari langkah terdahulu.
Ikuti langkah-langkah mudah ini setiap hari dan anda pasti mampu mempesona sesiapa sahaja serta akan sentiasa bersedia untuk menikmati momen penuh magis yang romantik. Cipta detik-detik istimewa indah anda bersama haruman menawan Enchanteur yang tahan lama.