Bagi peminat yang sudah teruja dengan berita kedatangan aktor Korea Selatan Park Bo Gum ke Kuala Lumpur pada 10 Disember 2016 ini. Kini secara rasminya anda boleh mendapatkan tiket majlis ramah mesra bersama peminat, 2016-2107 PARK BOGUM ASIA TOUR IN KUALA LUMPUR.
Jualan tiket atas talian dibuka pada 17 November 2016 bermula 10:30pagi melalui dua platform atas talian:
TicketCharge – http://www.ticketcharge.com.my
Harga tiket:
VIP – RM690
CAT 1 – RM590
CAT 2 – RM490
CAT 3 – RM390
*Harga tiket diatas sudah termasuk 6% GST dan tidak termasuk RM4 yuran proses
*Tiket boleh dibeli sebanyak 4keping di atas 1 transaksi
* Hotline TicketCharge: +603-92228811
CJ WOW SHOP – http://www.cjwowshop.com.my
Tiket ‘Exclusive Zone’ hanya dijual di CJ WOW SHOP: VIP L2 (RM690)
*Hanya tiket VIP L2 dijual di CJ WOW SHOP
*Harga tiket diatas sudah termasuk 6% GST dan tidak termasuk RM4 yuran proses
*Bayaran yuran proses RM4 akan dibayar semula pada 10 Disember 2016 di kaunter penebusan CJ WOW SHOP. Setiap pembelian tiket dari CJ WOW SHOP boleh menebus beg cenderahati CJ WOW SHOP
Kaunter tiket biasa akan dibuka pada 17 November 2016, bermula 10:30 pagi di kedai-kedai muzik Speedy, kedai muzik Victoria, Rock Corner, Neway Karaoke, Pusat Membeli-belah The Mines dan pejabat TicketCharge.
ISTIMEWA UNTUK PEMINAT
- Pemegang tiket VIP **pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah
- 10x berpeluang bergambar berkumpulan bersama Park Bo Gum (20 orang, 1 kumpulan)
- 50x poster ditandantangani oleh Park Bo Gum
- Pemegang tiket (seluruh kategori)
- Akan menerima poster Park Bo Gum di sesi GOODBYE SESSION
Majlis tersebut akan diadakan di KLCC Plenary Hall pada jam 7:30malam, 10 Disember 2016. Peminat berpeluang berjumpa dan mengenali lebih dekat aktor kesayangan mereka Park Bo Gum.
Park Bo Gum telah menjadi kegilaan peminat drama bersiri “Love in The Moonlight” yang sedang ditayangkan di 8TV setiap Khamis dan Jumaat jam 9:30 dan boleh juga ditonton melalui Tonton (www.tonton.com.my).