Siapa yang tidak kenal dengan nama besar dalam industri fesyen dari London ini?
Zandra Rhodes dahulunya pernah mencipta pakaian untuk beberapa individu terkenal seperti Puteri Diana, Jackie Onassis, Elizabeth Taylor dan Freddie Mercury iaitu salah seorang ahli dari kumpulan rock ‘Queen’.
Minat mendalamnya terhadap fesyen sebenarnya banyak diterapkan dan dipengaruhi oleh ibunya yang suatu ketika dahulu pernah berkhidmat untuk sebuah rumah fesyen di Paris yang kemudiannya meneruskan kerjaya sebagai seorang pensyarah di Medway College of Art.
Apa yang membuatkan Zandra Rhodes unik dari pereka fesyen lain adalah setiap satu rekaannya adalah bersifat dramatik, glamor serta merangkumi personaliti yang ekstrovet. Rekaannya sering diluar jangkaan membuatkan para peminat fesyen diseluruh dunia menjadi kagum sekaligus jatuh cinta dengan hasil tangan kerjayanya yang eksentrik.
Sehubungan dengan undangan yang diterimanya untuk mempersembahakan hasil rekaan bersempena pameran A Journey Through Time X di Starhill Gallery, Bukit Bintang Kuala Lumpur tempoh hari, Zandra Rhodes berjaya tampil dengan beberapa koleksi mewah yang diterap dengan ciri feminin dan sensual menerusi pertunjukan feysen Alta Moda.
Kesemua rekaan yang dipamerkan adalah berasaskan material fabrik songket yang dipadankan bersama aksesori perhiasan iaitu barang kemas mewah jenama Cartivia Italy.