Hampir semua orang mempunyai matlamat untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Sering menjadikan diet keluarga Kardashian dan motivasi dari penyanyi K-pop EXO Xiumin sebagai pencetus semangat dalam rutin seharian. Namun kadangkala, mood semangat itu hanya sementara dan ada pula yang beri alasan ‘penat’ atau ‘tidak mampu lagi’ untuk menjalani aktiviti kecergasan menurunkan berat badan.
Pasti ada yang mencari-cari kaedah yang lebih mudah atau kalau ikut ‘cakap kampung’, goyang-goyang kaki pun boleh kurus!. Tapi diingatkan jika ingin mengikut cara yang mudah, pengawasan disiplin haruslah tinggi dan tidak boleh menoleh kebelakang semula.
Jadi apa petua santai untuk kekal berat badan turun? Nah! Wanista kongsikan untuk anda:
Jangan lupa sarapan: Sarapan pagi di Malaysia terdapat pelbagai jenis juadah dari Nasi lemak, kuih-muih, roti canai dan english breakfast. Rugilah jika anda skip sarapan pagi, malah kesian pada badan anda tiada tenaga untuk memulakan kerja harian. Bila anda tidak mengambil nutrient dan vitamin diawal permulaan hari, anda akan berasa cepat penat dan lapar yang boleh menyebabkan sehingga sakit kepala. Potensi untuk anda mengambil makanan yang banyak pada waktu makan tengahari dan malam merupakan kesilapan bila tidak sarapan. Sila lah ambil sarapan walapun hanya sekeping roti.
Potong jadual makan malam: Tak perlu susah-susah fikir nak masak apa untuk makan malam, anda buang sahaja jadual makan malam sebagai rutin untuk turunkan berat badan. Iyalah, anda pasti sudah bersarapan pagi penuh dan menjamu makan tengahari yang banyak dengan kalori. Jadi waktu malam anda boleh kurangkan kalori dengan tidak makan malam dan dapatkan tidur yang secukupnya sebab dengan tidur pun boleh kurus tau!
Kurangkan pengambilan gula dan garam: Gemarkan makanan ringan dan minuman 3 dalam 1? Ini lah masanya untuk anda katakan tidak kepada mereka! Makanan ringan, proses dan minuman 3 dalam 1 mempunyai kadar gula dan garam paling tinggi. Gantikan snek harian anda dengan buah-buahan, serta anda boleh praktikkan bersama 6 step mudah nak kurus dengan hanya minum air putih untuk nyah kandungan gula, garam berlebihan dalam badan.