Rakyat Malaysia sudah sinonim dengan destinasi percutian kota metropolitan Hong Kong, dan musim sejuk pendek yang melanda pada bulan Disember suhu dibawah 15 darjah celsius menjadikan Hong Kong destinasi yang selesa untuk dikunjungi untuk menyambut perayaan Krismas dan ketibaan tahun baru.
Namun kunjungan kesana tidak lengkap jika anda tidak meneroka dunia makanan sebenar Hong Kong. Lagikan berada ditengah bandar yang dingin, pasti mood lapar sentiasa bersama anda, jadi inilah masanya untuk mencuba hidangan yang menarik hidung dan mengecurkan setiap kali melihatnya!
Wanista kongsikan hidangan yang bakal disajikan ketika berada di Hong Kong pada musim sejuk ini:
Hot Pot
Hot Pot merupakan hidangan wajib ketika musim sejuk di Hong Kong. Bayangkan periuk (pot) yang diisi dengan sup panas dan anda boleh menikmati makanan laut, sayur-sayuran yang segar dengan mencelurkan ia didalam sup panas tadi.
Banyak pilihan restoran yang menghidangkan Hot Pot, tapi tidak seperti konsep restoran Drunken Pot yang menyediakan 18 jenis rasa sup yang berlainan. Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke Megan’s Kitchen untuk mendapatkan kelainan cita rasa Hot Pot yang menyajikan tiga jenis sup didalam satu periuk.
Nasi Claypot
Memang enak menjamu nasi claypot ketika musim sejuk dan hidangan ini cukup popular di Hong Kong. Nasi panas yang lengkap dengan pilihan topping seperti hirisan daging ayam, sayur-sayuran dan kicap masin. Sehingga ke bahagian kerak nasi anda boleh nikmatinya, manis-manis kerak nasi dimasak menggunakan claypot (periuk tanah liat).
Jika anda ke Hong Kong, jangan lupa singgah di dua restoran terkenal yang menyajikan nasi claypot iaitu restoran Kwan Kee terletak di 263 Queen’s Road West, Sai Ying Pun dan restoran Chuen Moon Kee berhampiran Man Fok Building di Mongkok. Berpengalaman selama 20tahun, restoran Kwan Kee menyediakan lauk claypot yang menggiurkan seperti daging itik dan bahagian tulung rusuk, sosej tradisional Cina, daging dan telur. Untuk anda yang lebih suka dengan lauk makanan laut boleh ke restoran Chuen Moon Kee.
Barbecues
Jom panaskan badan dengan bara api bersama set barbecue yang pasti mengecurkan air liur. Tidak kisah anda didalam kumpulan kecil atau besar, di Hyatt Regency Hong Kong, Sha Tin anda boleh menikmati hidangan ayam, stik tulang rusuk, udang, ikan salmon yang digrill. Selain itu, pencuci mulut yuzu cheesecake, puding mangga dan ais krim pun ada!Inginkan stail barbecue cara tradisional masyarakat Hong Kong? Anda boleh mencubanya di restoran CRFT-PIT di bandar Aberdeen. Menyajikan barbecue daging salai, ayam panggang juga makanan laut gaya selatan.
Winter Desserts
Cukup dengan makanan berat, jom cuci mulut dengan hidangan manis-manis Hong Kong. Nikmatinya di sebuah restoran yang pakar menghasilkan pencuci mulut terbaik di Hong Kong, restoran Yuan Kee terletak di Centre Street. Terkenal dengan manisan sup kacang almond, bijan hitam dan kacang walnut. Bagi anda yang memang penggemar pencuci mulut, ‘serahkan diri’ anda di restoran Luk Lam Dessert, Sham Shui Po. Mereka menyediakan lebih 50 jenis manisan antaranya, sup tradisional kacang merah dan hijau, sup ladu bijan, pancake durian dan mangga.
Tunggu apa lagi, siap sedia baju sejuk untuk berangkat ke Hong Kong dan alami hidangan enak disana! Maklumat lanjut mengenai Hong Kong’s WinterFest, layari www.discoverhongkong.com/eng/best.