Toujeo® kini boleh didapati di Malaysia setelah didaftarkan di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Ia bertindak sebagai cecair insulin yang bisa bertahan sepanjang hari untuk meningkatkan kawalan glisemik bagi yang menghidap diabetes tahap 1 dan 2.
Apa yang menarik insulin Toujeo® ini mengandungi ‘Lantus’ yang mampu berfungsi untuk membebaskan jumlah insulin dalam bentuk yang kecil namun berfaedah bagi menurunkan kadar glukos dalam badan pesakit selama 24 jam lamanya. Ya, meskipun ia hanya diambil sekali sehari.
“Sanofi sesungguhnya berbesar hati untuk memperkenalkan kaedah yang lebih strategik begi membantu memudahkan kehidupan pesakit diabetes dengan adanya kewujudan Toujeo® ini”, jelas Kelvin Lam, Pengurus Besar Sanofi Malaysia, Singapura, Brunei dan Ketua Diabetes untuk ASEAN.
Toujeo® diyakini berkesan berdasarkan keputusan program percubaan klinikal EDITION yang dilakukan ke atasnya. Program percubaan ini berjaya dilakukan ke atas 3,500 populasi penghidap diabetes tahap 1 dan 2. Kuantiti pengambilan Toujeo® yang diambil hanya sekali sehari dibandingkan dengan pengambilan Lantus (iaitu suntikan cecair insulin glargine 100U/ml) jenama biasa selama 26 minggu. Konklusi serta hasil kajian mendapati Toujeo® adalah lebih berkesan untuk mengawal kadar glukos bahkan ia lebih memudahkan pesakit.
Di Malaysia 1:5 rakyat berpotensi untuk menghidap diabetes menurut sebuah kajian terkini yang diterbitkan pada 2015. Toujeo® diyakini efisyen, dapat membaik-pulih kadar glukos dalam tubuh pesakit diabetik serta memberi faedah kepada pesakit malah pengamal perubatan juga.
Toujeo® boleh didapati dalam bentuk alatan pen SoloSTAR iaitu sejenis pen pakai buang yang mengandungi 450 unit cecair insulin yang hanya memerlukan 1/3 untuk disuntik kepada badan pesakit. Ia juga mampu bertahan hingga 4 minggu lamanya setelah dibuka.
Faedah Toujeo®:-
- Mengurangkan risiko hypoglycemia (kekurangan gula dalam darah) yang kadang-kala mengganggu aktiviti harian serta waktu tidur malam pesakit
- Kandungan gula dalam darah terkawal 24 jam
- Mengurangkan risiko berat badan meningkat
- Rekaan SoloSTAR pen yang telah dibaik-pulih ini lebih mudah digunakan
- Selamat diguna ke atas pesakit diabetik yang berisiko untuk memiliki kardiovaskular tinggi
- Masa suntikan adalah fleksibel (+/- 3 jam) mengikut masa kelapangan pesakit
- Mudah bagi pesakit yang mahu menukar rawatan insulin normal kepada rawatan insulin cara baru ini (Toujeo®)
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.toujeo.com