Tatkala memegang kunci pertama kereta milik sendiri, memang teruja dan tidak sabar untuk memandu pulang. Saat itu memang dah tidak peduli apa yang dibelakang, yang penting keselesaan dan pergerakan untuk ke tempat kerja dan aktiviti berhujung minggu lebih mudah bagi anda. Ini lah silap orang perempuan, hanya tahu guna kereta sahaja dan bila enjin kereta tidak dapat dihidupkan mula lah mengamuk sakan.
Tipu lah kalau anda, pemandu wanita tegar tidak pernah menghadapi saat sukar bila kereta kesayangan mula buat ‘hal’. Masa itu pelbagai macam tafsiran sendiri keluar ‘enjin panas lah’, ‘air bateri habis lah’, ‘kena tukar kereta baru lah’.
Cukup-cukup dengan sikap sambil lewa anda itu, jom belajar dan ambil info dari Wanista mengenai apa yang patut anda tahu dan perkara wajib ‘lekat’ dalam kepala tentang kereta:
#1 Ketahui Model, Tarikh Keluaran dan Pembuatan
Nampak macam remeh sahaja kan? Tapi bila anda tidak tahu tentang tahun keluaran model kereta anda, ia boleh mengundang bermacam masalah. Aksesori, bahagian fungsi kereta dan jenis servis bergantung pada tahun keluaran kereta tersebut. Jadi ia sebenarnya amat penting untuk mengenali kereta anda seperti mengenali bakal jodoh ya!
#2 Kenali Bahagian Asas Kereta dan Fungsinya
Terdapat 10 bahagian asas kereta yang memang anda wajib tahu supaya nanti bila ada sebarang kerosakan minor anda dah boleh mengecam apa yang patut ditukar.
- Bateri kereta – Bateri digunakan sebanyak 3% semasa enjin dihidupkan sebelum pengisian semula. Amat penting untuk mengenal pasti jika bateri kereta anda sudah kering, kalau tidak anda langsung tidak dapat memulakan perjalanan. Jadi pastikan double check keadaan air bateri anda!
- Axle – Ini adalah bahagian ‘tulang kaki’ kereta anda, bahagian yang memegang tayar. Axle bukanlah perkara yang mustahak tapi perlu dititikberatkan jika anda sering memandu dilaluan berbatu sehingga melanggar bahagian bawah kereta. Karat juga penyebab axle menjadi rosak dan tidak berfungsi.
- Brek – Terdapat dua jenis brek iaitu brek servis, bertindak sebagai brek kecemasan atau brek parking dan bagi kereta moden masa kini ia menggunakan brek jenis hydraulic atau cecair.
- Pistons – Sebagai pengawal kegunaan kuasa kereta. Saiz dan kelajuan gerakan pistons menentukan kuasa RPM sesebuah kereta.
- Radiator – Bahagian yang menjaga suhu enjin. Awas jangan sampai radiator berkarat kerana untuk menukar ganti yang baru amat mahal.
- Kompresor Penghawa dingin – Masalah yang sering dihadapi ialah bocor, jadi jika menghadapi sebarang masalah ini terus berjumpa dengan mekanik anda.
- Tayar ganti – Cukuplah anda membawa tayar ganti jika mengembara jauh sebagai langkah berjaga-jaga jika tayar pecah atau bocor. Pilih tayar ganti yang kompak dan bersaiz kecil ‘donut tire’.
- Jack kereta – Bila dah ada tayar ganti, anda memerlukan jack kereta sebagai alat menukar kereta. Jack kereta didatangi dengan pelbagai pilihan saiz dan mengikut berat. Sentiasa praktikkan menggunakannya.
- Spark plug – Merupakan jantung kereta anda, digunakan sebagai pencucuh elektrik yang mengeluarkan bunga api untuk menghidupkan enjin.
- Penapis udara – Penapis udara bahagian yang membersih udara dari debu, asap dan kotoran. Ada dua panapis udara didalam kereta anda iaitu dibahagian enjin dan kabin kereta. Pastikan penapis udara anda sentiasa bersih jika anda selalu berada didalam kereta.
#3 Tayar, tayar dan tayar!
Tanpa tayar, memang tidak bergeraklah kereta anda kemana-mana tapi tanpa tayar yang baik juga boleh membahayakan keselamatan. Tayar kereta memerlukan tekanan udara yang seimbang, corak bunga tayar yang baik untuk cengkaman jalanraya dan jenis tayar yang sesuai dengan kelebaran ring tayar kereta anda.
#4 Sediakan jadual servis kereta
Setiap kereta apabila ia mencecah per kilometer yang ditetapkan wajib dihantar servis untuk menyesuaikan keadaan kapasiti baru kereta tersebut. Jadi anda kena sentiasa berwaspada kilometer kereta anda, sediakan jadual servis kereta supaya ia juga tidak terganggu dengan jadual harian anda.
#5 Belajar cara ‘jump’ bateri kereta
Sentiasa pastikan kabel jumper berada didalam kereta, tanpa kita sedar kita bakal memerlukannya jika bateri kereta sudah habis. Matikan enjin kereta anda. Letakkan pengepit bewarna merah di pusat positif (+) bateri yang kering dan pengepit merah lagi satu di (+) bateri kereta yang hidup. Pengepit warna hitam diletakkan di pusat negatif (-) bateri dan pastikan pengepit hitam yang kedua diletakkan permukaan logam tidak bercat kereta bagi mengelakkan percikan api berbahaya. Hidupkan enjin kereta dan mulakan jump, lakukan selama sekurang-kurang setengah jam untuk mengecas semula bateri yang mati.
#6 Simpan nombor telefon mekanik
Siapa tahu anda mungkin berlaku kecemasan di luar bandar atau di kawasan yang tiada pusat kereta terdekat. Inilah gunanya menyimpan nombor telefon mekanik ditempat yang sentiasa menghantar kereta. Cuma pastikan anda sudah mengenali ‘abang’ mekanik tersebut jadi tidak lah akward untuk meminta tolong.
Pesan Wanista kepada pemandu wanita semua, selamat menjadi pemandu berhemah dan harap semua info diatas ‘lekat’ didalam kepala ya!