Rangkaian restoran ayam panggang yang diramu dengan bahan-bahan sihat, Kenny Rogers Roasters menyerikan musim akhir tahun dengan promosi santapan istimewa Fun Fruity Feast yang bakal memberikan anda sensasi rasa buah-buahan enak tak terkata.
Hidangan ayam panggang popular, rotisserie-roasted chicken yang diperam dengan herba dan rempah-ratus segar itu akan dicurah dengan kuah Fruity Gravy. iaitu sejenis kuah cicahan yang dicampur dengan Mangga dan Markisa.
Mana mungkin hidangan ayam panggang lengkap tanpa manisan muffin berkrim. Oleh itu, hidangan ayam panggang yang ditemani kuah berperisa buah-buahan eksotik berkenaan turut bakal ditemani muffin campuran Vanila dan perisa bunga Roselle (Vanilla Roselle Muffin) serta kentang lenyek parsli bawang putih (Garlic Parsly Potato) -diperbuat dari kentang rebus empuk seterusnya dicampur dengan herba daun parsli beraroma dengan mentega bawang putih.
Untuk minuman pula, jus Merry-Go-Fruity yang dicampur dengan aneka buah-buahan mewah seperti Buah Naga, Roselle, Jambu Batu dan sedikit perahan lemon akan dihidang sebagai penyejuk dahaga setelah kenyang menikmati set hidangan Fun Fruity Feast. Mmm!
Khas buat penggemar makanan sihat, Kenny Rogers Roasters yang merupakan peneraju restoran ayam panggang di Malaysia ini sentiasa komited untuk memberi kenikmatan yang bukan sahaja bervariasi kepada masyarakat, malah menepati cita rasa orang Asia yang lazimnya mahukan sesuatu kelainan.
Bersempena promosi ini juga, anda berpeluang membawa pulang set hidangan Take-it-Home Fruity Feast hanya pada RM68.80 yang turut hadir dengan Kenny Fruity Whole Chicken, 1/2 Dozen Vanilla Roselle Muffin bersama empat botol minuman buah-buahan campuran Merry-Go-Fruity bernilai RM38.00 secara percuma!
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.krr.com.my atau lawat laman facebook rasmi Kenny Rogers Malaysia di www.facebook.com/krrmalaysia.