Siapa sangka simbol ‘peace’ membawa maksud kejayaan. Dan wanita dengan tangan di bahu sekadar menunjukkan simbol information centre, tak masuk dek akal tapi itulah yang ditegaskan Unicode. Sebenarnya banyak lagi emoji yang selama ini penulis gunakan sebenarnya membawa maksud lain. Hahaha..
Anda pula bagaimana, emoji mana yang paling kerap kali guna? Kongsikan dengan Wanista!
1.
Rasanya apa maksud emoji ini? Mungkin ramai merasakan ianya bermaksud high five tetapi sebenarnya ia membawa maksud berdoa, sembahyang ataupun tunduk kepada orang yang kita hormati.
2.
Kelihatan seperti emoji sedang bersedih ataupun menangis jika dilihat pada pandangan pertama. Mungkin betul, tapi sebenarnya ia membawa maksud kekecewaan dan memerlukan bantuan.
3.
Penulis gunakan emoji ini ketika ingin menunjukkan rasa bangga diri atas kejayaan diri sendiri. Tapi tahukah anda bahawa emoji ini sekadar membawa maksud simbol information centre di tempat awam.
4.
Walaupun muka kucing ini menunjukkan rasa terkejut tetapi Unicode menegaskan ia sebenarnya bermaksud letih.
5.
Menurut Unicode, ini adalah seorang wanita yang membuat isyarat ‘OK’. Tetapi ada tak sesiapa sebenarnya menggunakan emoji ini untuk memberi isyarat bahawa mereka ‘baik-baik’ sahaja?
6.
Kita merasakan emoji ini bermaksud tertekan tetapi sebenarnya lelaki ini tunduk dengan mendalam untuk menunjukkan tanda maaf. Tapi serius emoji ini memang sanat mengelirukan.
7.
Mulutnya terbuka kerana terkejut, tanda X mungkin membawa maksud mati. Tetapi sebenarnya emoji ini ingin menunjukkan kekaguman, disebabkan itulah mulutnya terbuka luas tapi kenapa X?
8.
Mungkin menunjukkan tanda syukur pada tuhan tetapi maksudnya adalah sekadar untuk meraikan seseorang.
9.
Semua mesti tahu maksud emoji ini bukan? Ya, dua tangan di kepala wanita menunjukkan dia sedang menjalani urutan kepala, jadi jangan ganggu!
10.
Emoji ini mungkin menunjukkan terkejut tetapi ia sebenarnya bermaksud ‘aman’. Jadi, sila gunakan emoji ini bila anda berada di dalam perpustakaan.
11.
Boleh jadi bermaksud ‘tersenyum paksa’ ataupun ‘tersenyum malu’ seperti kerang busuk apabila melakukan kesalahan. Tetapi emoji ini sebenarnya bermaksud tersangatlah gembira (extremely happy).
12.
Ia kelihatan seperti wap daripada secawan teh panas atau sup tetapi ia sebenarnya bermaksud ‘air panas’.
13.
Biasa kita guna untuk menunjukkan tanda peace tetapi sebenarnya ia bermaksud kejayaan.