The Creeper adalah sneaker pertama direka oleh Rihanna. Sejak dilancarkan pada tahun 2015, The Creeper terusan mengeluarkan beberapa warna dan bahan-bahan dari suede ke paten.
Untuk comeback kali ini, Velvet Creeper direka indah yang membuatkan peminat fesyen sneaker tidak sabar menantikan kelahiran terbaru ini, baldu lembut pada tapak kaki, waxed laces dan penjenamaan logam emas menjadikan koleksi ini sungguh eksklusif sekali. Sneaker buatan tangan di Itali ini boleh didapati dalam warna Grey, Burgundy dan Black untuk lelaki dan wanita.
Velvet Creeper tiba pada 8 Disember 2016 hanya boleh didapati di Puma KLCC, Pavilion dan Sunway Pyramid sahaja dan dijual pada harga runcit RM739.