Berniaga bukanlah perkara yang boleh siap dengan hanya memetik jari. Kita sendiri tahu, agak ramai juga yang kecundang pada permulaan untuk bergelar orang bisnes. Untung rugi dalam kehidupan seorang usahawan atau peniaga memerlukan ketahanan mental yang kuat. ‘Alah bisa, tegal biasa’.
Tampan, bijak dan berjaya. Sesungguhnya dalam drama atau filem sahaja kita dapat lihat hero yang kononnya mempunyai syarikat multibillion. Sebenarnya, dunia realiti juga punya hero sebegini tapi tidaklah semudah didalam filem untuk berjaya. Mereka mula dari bawah, penat lelah dan bekerja tidak kira siang malam untuk mencapai cita-cita
Jadi untuk artikel kali ini, Wanista coretkan sedikit tentang jejaka pilihan Wanista yang berjaya didalam bidang perniagaan pilihan mereka:
#1 Dato’ Aliff Syukri
Siapa yang tak kenal dengan ‘abang besar’ jenama D’Herbs Healthy Sdn. Bhd., lelaki hebat dalam jualan bidang kecantikan dan kosmetik Malaysia. Rupanya beliau anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim. Instagram milik Dato Aliff sering menjadi tumpuan kerana beliau tidak putus berkongsi kata-kata motivasi kepada pengikut Instagramnya.
https://www.instagram.com/p/BMxTVXCBPuj/?taken-by=aliffsyukriterlajaklaris&hl=en
Sikap tidak pernah putus asa dan berani membuatkan produk dari syarikat beliau kini gah dan dikenali segenap lapisan masyarakat Malaysia. Bayangkan, pada awal penubuhan D’Herbs Healthy Sdn. Bhd beliau sendiri menjalankan promosi dengan menjadi agen pemasaran, pemandu malah mengeluarkan sendiri duit simpanan. Salute dengan Dato!
Instagram : Dato Aliff Syukri
#2 Dato’ Fazley Yaakob
‘Asmara ini yang hanyutkan kita, asmara ini yang hanyutkan aku..’ pasti terngiang-ngiang alunan lirik bila melihat susuk badan diatas bukan? Jika dulu beliau digelar penyanyi romantis tapi kini sebagai salah seorang chef selebriti Malaysia. Dato’ Fazley Yaakob mula mendapat tempat didalam bidang seni masakan semasa terlibat dalam program MasterChef Celebrity Malaysia dimana beliau berjaya mengalahkan 15 peserta yang lain.
https://www.instagram.com/p/BL92SLRjqQZ/?taken-by=fazleyyaakob
Boleh dikatakan Dato’ Fazley Yaakob antara selebriti yang sukses didalam dua bidang yang diceburinya. Semasa menjadi penyanyi, beliau mempunyai rekod lima buah album dan sekarang pengusaha restoran miliknya SukaSucre Bistro. Selain itu, Dato’ Fazley tidak lokek mengadakan bengkel motivasi, bengkel masakan dan program kulinari di negara. Pasti Dato’ tidak menang tangan handle aktiviti seharian beliau, orang yang selalu busy ni tandanya hebat!
Instagram: Dato’ Fazley Yaakob
#3 Rizman Nordin
Pasangan ‘kembar’ jenama fesyen nombor satu Malaysia Rizman Ruzaini, Rizman Nordin. Pemuda yang berasal dari negeri Pulau Pinang ini mula mengorak langkah dalam industri fesyen pada tahun 2005 bersama teman seperjuangan Wan Ruzaini dengan menghasilkan busana untuk penyanyi Ziana Zain. Disitulah saat pertama, hasil kerja mereka menjadi perhatian pemerhati fesyen negara. Jangan pernah ingat mereka terus senang, rupanya mereka pernah bertungkus-lumus menyiapkan gaun cantik milik Dato’ Siti Nurhaliza hasil pinjaman RM150 dari arwah ayah.
https://www.instagram.com/p/BKeuiUYjESM/?taken-by=rizman.n&hl=en
Sekali pandang wajah Rizman seolah aktor dari Bollywood pula. Hasil kreativiti dan kesungguhan beliau menjadi pencanak kejayaan nama Rizman Ruzaini dalam menghasilkan pakaian yang menjadi pilihan selebriti-selebriti tempatan. Ramai yang menganggap jenama mereka hanya boleh disarung oleh orang kenamaan namun kini Rizman Ruzaini juga menghasilkan busana pengantin bersama Fashion Valet untuk koleksi Bridal dengan harga yang berpatutan.
Instagram: Rizman Nordin
#4 Brian Chen
Bukan setakat pandai berceloteh dihujung radio, malah kreatif dalam dunia masakan. Siapa sangka Dj radio ini mempunyai sekolah memasak khas untuk kanak-kanak, Young Chefs Academy. Minat beliau terhadap bidang kulinari bukan sahaja dikongsi melalui mengacara program masakan di radio, televisyen malah beliau menulis buku masakan ‘Cooking with Kids’, merupakan buku masakan pertama Malaysia untuk rujukan ibubapa dan kanak-kanak.
Beliau mesra dipanggil Abang Brian tidak mahu beliau dilihat sebagai chef atau pendidik. Tujuan utama beliau menubuhkan Young Chefs Academy untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak melalui makanan dan masakan. Diatas kesungguhan itu, Abang Brian diangkat menjadi duta bagi kanak-kanak berjuang kanser di National Cancer Society of Malaysia (NCSM). Kini Abang Brian dan Dato’ Fazley, bekerjasama dengan Kidzania KL berkongsi kepakaran mereka dalam bidang masakan dalam satu program ‘Kidz vs Food’ sehingga 1 Januari 2017.
Instagram: Brian Chen
#5 Bakri Hafiz Hisham
Ada tak yang tertanya-tanya gerangan siapakah yang mencetus memori indah perkahwinan pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha? Ini dia…jurugambar romantis dan juga Pengarah Urusan White Spaces & Voids Society dan Studio Works by WSVS. Bakri Hafiz Hisham, berpengalaman sebagai arkitek kini cenderung pada bidang fotografi. Setiap sudut dan penceritaan dari gambar yang dihasilkan dari team WSVS.CO memukau dan mengagumkan. Daya kualiti gambar juga tidak usah diperkatakan lagi, kalau sudah menjadi pilihan VVIP dan selebriti Malaysia.
Pemilik hati Bakri juga seorang usahawan yang sama hebat, Fazreena Aziz pengasas jenama tudung TudungPeople. Gambar-gambar Instagram pasangan ini sering mendapat ‘like’ yang banyak, iyalah gambar yang dikongsi bukanlah gambar selfie kosong tapi penuh dengan keindahan ciptaan Tuhan dan cerita disebalik negara yang mereka kunjungi. Duo hebat ini boleh dijadikan contoh untuk anda yang ingin memulakan perniagaan bersama pasangan. Lihat bagaimana mereka urus masa dan menggunakan kepakaran bersama walaupun berlainan bidang perniagaan.
Instagram: Bakri Hafiz Hisham
Tutup mulut tu ya, hahaha… Ambil artikel ini sebagai cabaran untuk anda yang ingin menjadikan dunia perniagaan satu titik kejayaan. Tak kisahlah tampan ke tidak, cantik atau cantik biasa-biasa yang penting tak pernah putus asa dan tak cepat sentap dalam meniaga! 🙂