Koleksi CordZero oleh LG Electronics (LG) merubah cara wanita Asia melakukan kerja rumah malah memudahkan mereka. Bagaimana?
Menerusi CordZero Handstick dan HOM-BOT Turbo+ robot Vacuum Cleaner tiada alasan lagi untuk anda semua tidak melakukan kerja rumah.
LG CordZero Handstick menawarkan fungsi dua, ia boleh digunakan sama ada sebagai pembersih dengan pemegang atau sebagai unit tangan mudah alih yang lebih praktikal.
Ia menawarkan sehingga 60 minit kuasa sedutan tahan lama (dalam mod Biasa). Handstick jenis 2-in-1 ini menggunakan teknologi LG Smart Inventer Motor dan dilengkapi dengan ciri-ciri mudah seperti Anti-Tangle Brush, untuk berurusan dengan habuk-habuk kasar seperti rambut ataupun bulu haiwan peliharaan.
Bukan itu sahaja, Easy Grip Handle direka untuk mengurangkan tekanan yang diletakkan di atas pergelangan tangan pengguna. Handstick tanpa wayar ini sesuai untuk pangsapuri kecil tetapi ianya mempunyai kapasiti untuk mengendalikan dalam suasana rumah yang lebih besar dalam persekitaran lebih terbuka. Kiranya penggunaan Handstick ini boleh digunakan tanpa terhad walau di mana sahaja berada.
Antara ciri-ciri LG CordZero Handstick adalah seperti berikut:
- Dual PowerPack
- Anti-Tangle Brush
- Smart Inventer Motor
- 2-in-1 ( Stick + Handy)
- Brush ( Crevice & Brush Tool)
- Boleh dipusing 180 darjah
- Pemegang yang mudah
- LED Vision
- Rekaan yang nipis dan ringan
Untuk info lanjut, anda boleh layari laman web rasmi www.LG.com.