Love, Bonito sebuah jenama gedung atas talian yang menyediakan seleksi fesyen terkini khas buat para wanita urban masa kini kini melancarkan Pop-Up Store kedua di Paradigm Mall pada 20 November 2016 sehingga Mei 2017.
Pembukaan Pop-Up Store pertama di Publika pada 2014, Love, Bonito terusan berkembang membuka butik utama mereka di Mid Valley pada pertengahan tahun lepas 2015.
Pop-Up Store di Paradigm Mall ini menampilkan koleksi musim luruh/musim sejuk yang terdiri daripada gaya utilitarian dalam warna gelap yang masih feminin dan bergaya, berpeguh teguh kepada signature style Love, Bonito. Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh enam bulan, jenama dari Singapura ini akan menampilkan koleksi Krismas dan Tahun Baru Cina.
Jadi, kepada semua peminat Love, Bonito, anda boleh datang ke Pop-Up Store yang terletak di Lot UG-05, Upper Ground Level, Paradigm Mall, No. 1, Jalan SS7 / 26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya yang dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Koleksi Love, Bonito ini bermula dari RM115 dan ke atas. Selain itu, anda juga boleh membeli secara atas talian di www.lovebonito.com.