Khas untuk mudi-mudi serta para peminat selfie masa kini, jenama peranti terkemuka VIVO mengambil langkah proaktif dengan melancarkan model telefon pintar baharu VIVO V5 ke pasaran Malaysia di samping memperkenalkan Dato’ Siti Nurhaliza sebagai duta jenamanya yang pertama.
Vivo bakal membawa masuk evolusi selfie baru dengan kebolehan kamera hadapan telefon berkenaan yang dicipta khas dengan kemampuan yang bisa memberikan ilusi foto selfie dengan nuansa yang natural sekaligus menjadinya lebih menawan. Kamera hadapan yang dilengkapi piksel 20MP turut dilengkapi ‘soft light’ yang membolehkan para pengguna tetap berselfie meskipun dalam kawasan yang kurang cahaya.
Bukan itu sahaja, selain lampu selfie pada kamera hadapan yang sedikit sebanyak dapat bantu menaikkan seri foto selfie anda, teknologi perisian profesional ‘Face Beauty Mode 6.0’ turut dapat digunakan untuk memberi efek foto yang lebih natural dan sensasi seperti disunting menggunakan Photoshop. Kini pengalaman selfie anda akan jadi lebih indah dan mudah bersama Vivo V5!
Bagi yang berminat, anda sudah boleh mendapatkan telefon pintar Vivo V5 ini di semua butik peranti jenama Vivo serta para pengedar terpilih seluruh Malaysia pada harga RM1,299. Nantikan kemunculan Vivo V5Plus pula tidak lama lagi!
SPESIFIKASI
Perisian: Funtouch OS 2.6 (Android 6.0 Marshmallow)
Paparan: 5.5″HD (1280*720)
Kamera: Depan 20MP berserta softlight / Belakang 13MP berserta sokongan LED Flash
Pemprosesan: MediaTek MT6750 SoC Octa-Core 1.5GHz 64bit Processor
Berat: 154g
Dimensi: 153.8mm x 75.5mm x 7.55mm
Bateri: 3000mAh
Simpanan: 4GB RAM + 32GB ROM, menyokong kad microSD (melebihi 128GB)
Sila layari www.vivo.my untuk keterangan lanjut.