Friday, April 16, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home News

10 Fakta Tentang Tas Popular Hermès Birkin Yang Anda Belum Tahu

by Afiqah Syamin
November 28, 2016
Sumber: Tumblr

Sumber: Tumblr

32
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah dengar tentang HERMÉS?

Penulis tidak maksudkan ini…

Foto -wikipedia
Arca HERMES. Foto -wikipedia

Ternyata, perkataan Hermes itu sendiri membawa dua maksud berlainan iaitu:-

Foto - Instagram Fazura

Terbeliak Tengok Fesyen Beg Tangan Fazura Mewah Dan Mahal!

February 6, 2021
Foto - Louis Vuitton

10 Beg Tangan Louis Vuitton Buat Wanita Jadi Rambang Mata

January 13, 2021
  1. HERMES yang dikenali sebagai ‘Pesuruh Tuhan’ dalam kalangan masyarakat Greek.
  2. HERMÉS yang merupakan jenama fesyen terkemuka berasal dari Paris, Perancis.

Yang penulis mahu canangkan sekarang ini adalah HERMÉS dalam kategori nombor dua.

Selain popular dengan rekaan skraf sutera bercetak, HERMÉS juga terkenal dengan ciptaan beg tangan yang membuat ramai wanita dan para peminat fesyen seluruh dunia. Bahkan, ia merupakan antara beg tangan termahal di dunia iaitu Hermès Birkin. 

Logo -wikipedia
Logo Hermès. Sumber: Wikipedia

BACA: INFO MENARIK! BARISAN BEG TANGAN TERMAHAL DI DUNIA

Bukan calang-calang orang yang bisa memiliki Hermès Birkin. Hanya mereka yang berstatus sahaja mampu memilikinya kerana sebuah beg tangan Birkin mampu mencecah dari $12,000 untuk yang bersaiz kecil hingga $223,000 untuk yang bersaiz besar.

Namun begitu, apa yang membuatkan harganya melambung tinggi? Ini 10 fakta menarik tentang Hermès Birkin yang anda perlu tahu!

Penyanyi dan pelakon Britain, Jane Birkin. Sumber: controlzine.com
Penyanyi dan pelakon Britain, Jane Birkin. Sumber: controlzine.com

#1 Sekitar 1981, Jane Birkin seorang artis dan penulis lagu kelahiran Britain yang berpangkalan di Perancis telah duduk di sebelah CEO Hermès waktu itu, Jean-louis Dumas dalam sebuah penerbangan. Hendak dijadikan cerita, kebanyakan isi dan barangan peribadi  milik Jane asyik terluah dari beg tangan bakulnya. Dari situlah idea untuk menghasilkan Hermès Birkin bermula.

Jane Birkin bersama beg tangan kegemaran yang menjadi ikutan ramai era itu. Sumber: The Daily Whip
Jane Birkin bersama beg tangan bakul kegemarannya yang menjadi ikutan ramai era itu. Sumber: The Daily Whip

Gambaran perbualan antara Jean-Louis dan Jane Birkin:-

Jean: “Awak seharusnya memiliki beg tangan yang mempunyai poket.”

Jane: “Ya, suatu saat nanti apabila Hermès mengeluarkan beg tangan yang mempunyai poket, saya akan membelinya.”

Jean: “Sayalah orang itu (Ketua Pegawai Eksekutif Hermès) dan saya akan mencipta satu untuk awak. Apa kata awak lukiskannya untuk memberi saya gambaran rekaan beg yang awak mahukan.”

Mereka berdua berbincang sambil melukis rekaan yang kini digelar sebagai ‘Hermès Birkin Bag’.

IKLAN

Gambar hiasan. Sumber: cleancomedypodcast.com
Gambar hiasan. Sumber: cleancomedypodcast.com

#2 Ilham dan reka bentuk asli Hermès Birkin dilakar di atas beg muntah dalam kapal terbang tersebut.

#3 Tidak seperti wanita lain, persepsi Jane Birkin terhadap beg tangan ikonik itu agak berbeza. Jane hanya akan menggunakan satu beg Birkin untuk tempoh yang lama sehingga beg itu rosak sendiri sebelum ia dilelong untuk tujuan kebajikan. 

Sumber: PurseBlog
Beg Birkin kesayangan Jane Birkin. Sumber: PurseBlog

Jane juga lebih cenderung menukar gaya formal beg itu kepada gaya yang lebih ranggi dengan menambah jumbaian rantaian sebagai perhiasan pada beg birkin miliknya serta pelekat dan motif tampalan mengikut cita rasa dan gaya kasual wanita Perancis.

Wajah terkini Jane Birkin. Sumber: The Telegraph
Wajah terkini Jane Birkin yang menjadi sumber inspirasi kepada pembikinan beg tangan ikonik Hermès Birkin. Sumber: The Telegraph

#4 Secara amnya, Jane akan menerima beg Birkin secara percuma sebagai imbuhan kepada penggunaan namanya untuk beg tersebut. Meskipun beliau tidak dibayar semahal jumlah bayaran untuk seorang duta mahupun wajah bagi jenama Hermès sendiri, kini jenama tersebut bersetuju untuk membayar sejumlah wang sebagai royalti atas penggunaan namanya itu kepada Jane yang kemudiannya akan disumbangkan kepada badan kebajikan pilihannya. Media Telegraph pernah melaporkan pada tahun 2012 bahawa jumlah yang dibayar oleh Hermès kepada Jane Birkin adalah £30,000 (RM166,890).

Sumber: Timpanys
Sumber: Timpanys

#5 Untuk beg tangan Birkin sahaja, terdapat sekurang-kurangnya 25 tona biru yang berbeza seperti dilaporkan oleh BBC termasuklah warna biru klasik kegemaran ramai seperti Blue Jean, Mykonos dan Bleu Roi.

Sumber: rewindvintage.co.uk

#6 Sebuah Hermès Birkin akan memakan masa 48 jam untuk disiapkan. Ini kerana produksinya masih lagi memanfaatkan teknologi lama pembuatan tangan di mana, hanya seorang pengubah yang akan bertanggungjawab ke atas setiap satu pembikinan beg Hermès Birkin. Setiap seorang kakitangan adalah terlatih dan mempunyai kepakaran halus masing-masing bagi menghasilkan sebuah beg tangan ikonik yang bukan sahaja cantik, malah berkualiti membuatkan harganya melambung tinggi.

BACA: YEKE? JOM KETAHUI PERSONALITI DIRI MELALUI JENIS BEG TANGAN ANDA

#7 Tidak seperti kilang produksi lain, difahamkan setiap kakitangan pembuat beg Hermès Birkin mempunyai set ketukangan peribadi yang tidak dikongsi bersama kakitangan lain. Pembuatan beg Birkin adalah rumit sekaligus akan memakan masa mengikut cara individu tertentu menyiapkannya. Ia lebih memudahkan jika seorang kakitangan mempunyai alatan mereka yang sendiri.

Sumber: Illumination of Luxur
Sumber: Illumination of Luxury

#8 Birkin termahal pernah dilelong untuk sejumlah suku juta dollar. Beg Birkin kulit buaya rona merah jambu fuschia itu dilengkapi kancing berlian serta logam emas putih 18 karat telah berjaya dilelong kepada seorang pembida bertelefon pada acara lelong Christie di Hong Kong pada Jun tahun lalu.

Sumber: Luxury Haven
Sumber: Luxury Haven

#9 Tidak susah pun hendak mendapatkan sebuah Birkin jika anda pandai membodek kakitangan butik meskipun baru sahaja melangkah masuk buat kali yang pertama. Yup! Jika anda bertuah hari itu, sudah tentu anda dapat membelinya secara langsung tanpa perlu menulis nama pada senarai menunggu.

BACA: LIHAT BAGAIMANA BEKAS PRAMUGARI INI BERUBAH MENJADI WANITA PALING KAYA SINGAPURA

jamie Chua, Wanita paling kaya di Singapura adalah salah seorang insan bertuah yang memiliki Hermès Himalayan Crocodile Birkin. Sumber: fashion gluttony
Jamie Chua, wanita paling kaya di Singapura adalah salah seorang insan bertuah yang memiliki Hermès Himalayan Crocodile Birkin. Sumber: fashion gluttony

#10 Ramai yang keliru dan menyangka Hermès Himalayan Crocodile Birkin adalah nama yang diberikan berdasarkan kulit buaya (diperbuat daripada bunya jenis Niloticus, haiwan Afrika) untuk menghasilnya beg tangan eksotik itu. Namun, anda salah kerana perkataan ‘Himalayan’ adalah merujuk kepada campuran warna pada beg tersebut menggabungkan putih samar bersama coklat keperangan umpama gunung Himalaya yang diliputi salju.

SUMBER 1 , 2 & 3

Tags: aksesori wanitabeg tanganbeg tangan mewahFakta Menarik Tentang HermèshermesHermès Birkin BagHermès Himalayan Crocodile Birkininfo menarikjane birkinkulit buayaTas Tangan Mahal
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing?

Juadah Rare Yang Hanya Ada Masa Bulan Puasa Saja, Semua Sedap!

Tak Payah Oven, Guna 6 Bahan Dah Boleh Jadi Pizza Paling Sedap!

Cantik Kaftan Dress Di Kedai Ini, Sesuai Pakai Masa Puasa Dan Raya

Susah Betul Nak Tidur, Cuba 5 Resepi Susu Panas Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.