Telefon pintar adalah keperluan masa kini yang wajib bagi semua manusia. Selain memudahkan kita untuk berhubung, telefon pintar juga tidak memerlukan kita untuk mengeluarkan wang yang banyak seperti dahulu -tanpa perlu menampung kos apabila mahu menghantar khidmat pesanan ringkas. Whatsapp, LINE, mahupun WeChat hanya memerlukan sambungan internet. Ya seperti wang, internet juga adalah segalanya.
Selain bagi tujuan berhubung, kita turut menggunakan telefon pintar untuk mengambil gambar, merakam video, mendengar muzik serta menonton rancangan kegemaran kala berada dalam situasi bosan seterusnya mempengaruhi syarikat peranti ternama seperti Samsung untuk mencipta telefon pintar istimewa yang dilengkapi pelbagai fungsi serta ciri yang bisa memenuhi permintaan individu celik IT masa kini.
Kehadiran model telefon pintar Samsung Galaxy S7 edge tentunya mengubah dimensi baru dalam dunia telekomunikasi yang sentiasa berubah pantas. Selepas kejayaan cemerlang menerusi siri S6 edge yang diperkenalkan pada 2015 dan pertama kali mencipta kelainan dalam bentuk kedua-dua kiri dan kanan yang lengkung, ciri berkenaan terus dikekalkan pada model S7 edge. Bahkan, baru-baru ini ia telah ditambah dengan pilihan dalam rona biru mempersona!
Untuk mengetahui apa keistimewaan Samsung Galaxy S7 Edge ini, penulis kongsikan pendapat peribadi tentang 8 keseronokan yang bisa anda nikmati apabila memiliki telefon pintar paling hebat alaf ini!
#1 Paparan Berlengkung Beri Nikmat
Jika anda perhatikan reka bentuk telefon pintar istimewa ini, sisi paparannya melengkung seolah mewujudkan ilusi visual yang lebih jelas dan besar dari paparan telefon pintar biasa. Reka bentuk genius itu berhasil untuk menampilkan visual yang lebih realistik seterusnya memberi keterujaan kepada pengguna yang memanfaatkannya.
#2 Kalis Air Dalam Semua Jenis Keadaan
Penulis sengaja menggunakan Samsung Galaxy S7 Edge di bawah renyai hujan dan ya, benar telefon pintar ini kalis air. Tidak seperti telefon pintar lain, anda tidak perlu risau andai perkakasnya akan rosak jikalau terdedah pada air. Biarpun ia terendam di dalam kolam sekalipun, Samsung Galaxy S7 Edge masih boleh berfungsi tanpa sebarang kemudaratan. Hujan, tempias air, kemungkinan terjatuh di dalam mangkuk tandas mahupun aliran sungai sekalipun, telefon ini masih boleh hidup!
#3 Warna Biru Untuk Lelaki & Wanita Hip
Telefon pintar kini bukanlah sekadar peranti biasa, ia juga merupakan aksesori menyeri gaya yang sering dibawa kehulu-kehilir oleh individu urban. Lain daripada yang lain, biru yang ditampilkan untuk koleksi Samsung Galaxy S7 Edge ini lebih menonjol berbanding biru yang pernah ditampilkan oleh jenama-jenama peranti yang lain. Warnanya umpama air laut di pulau Bora-Bora, lebih sensasi dan amat sesuai untuk wanita mahupun lelaki moden yang mahukan keunikan.
#4 Paparan ‘Shortcut’ Amat Membantu Kala Sibuk
Tak perlu gusar jika anda hanya ada satu tangan untuk bertindak-balas dengan telefon pintar. Cuma perlu gelongsorkan ibu jari dari sisi kanan paparan ke kiri untuk memilih ikon pintas atau “shortcut” yang akan membawa anda ke paparan utama pilihan. Hebat bukan? Anda boleh tetapkan seberapa banyak ikon pintas yang anda mahu pada bar shortcut tersebut supaya mudah untuk ditekan apabila mahu menggunakannya tanpa perlu memilih pada skrin paparan menu utama. Ya, biarpun hanya menggunakan satu tangan.
BACA: COLORS OF RAMADHAN: KUALITI KAMERA SAMSUNG GALAXY S7 EDGE SETANDING DSLR
#5 Hasil Foto Dengan Piksel Mengujakan
Semakin tinggi jumlah piksel, semakin jelas dan cerah warna foto rakaman tersebut hasilkan. Melihatkan masyarakat masa kini yang gemar menjadi jurugambar persendirian untuk merakam setiap detik kehidupan yang dilalui, Samsung peka untuk menerapkan teknologi kamera DSLR ke dalam inovasi terbaharunya ini. Kamera Samsung Galaxy S7 Edge memiliki spesifikasi kamera 12MP bersama Smart IOS untuk hasilkan rakaman foto dengan kualiti dan kecerahan yang tidak ternilai! Tak perlu menyandang kamera yang berat lagi!
#6 Kemasan Reka Bentuk Lebih Moden
Sudah penulis canangkan tadi, reka bentuk Samsung Galaxy S7 Edge memang seksi jika hendak dibandingkan dengan telefon pintar yang lain. Ianya ringkas namun bisa membiaskan aura sensasi melalui warna badannya, lengkungan paparan serta material logam eksentrik berciri metalik yang digunakan untuk membaluti bucu dikeliling badan peranti. Moden sekaligus bersifat elegen ala profesional. Oh! Kamera belakangnya juga tidak tersembul membuatkan rekaannya lebih kemas dan kelihatan mewah!
#7 Dinobatkan Sebagai Telefon Pintar Terbaik Tahun 2016
Apabila membayangkan harga yang perlu dibayar bagi memiliki sebuah Samsung Galaxy S7 Edge pastinya membuatkan diri anda jadi kaku, namun jika anda cukup bijak menilai kemampuannya, anda pasti lantas sedar bahawasanya harga itu tersangatlah berbaloi untuk memberi nikmat berpanjangan kepada anda. Peranti ini hebat luar dan dalam dan kerana itulah ia dinobatkan sebagai Telefon Pintar Terbaik untuk tahun 2016!
#8 Lebih Banyak Ruang Simpanan Dengan Slot Tambahan
Bertepatan dengan tabiat pengguna telefon pintar era ini, ruang simpanan telefon sering dipenuhi dengan foto-foto, rakaman video yang dikirim menerusi WhatsApp dan sebagainya. Itu belum termasuk dokumen yang dimuat-turun dari email, simpanan muzik kegemaran serta aplikasi-aplikasi trending. Nah, bagi memudahkan anda, Samsung Galaxy S7 Edge dilengkapi slot khas untuk anda menempatkan kad memori tambahan sehingga 200GB. Storan dalamannya pula adalah sebesar 32GB. Tak perlulah anda bersusah payah dan merasa ragu semata-mata untuk memadam gambar kesayangan. Sambungan wayar untuk pindahan file mahupun dokumen ke komputer juga tidak diperlukan.