The Good Co. adalah sebuah kafe makanan segera yang menyajikan konsep makanan sihat dengan cara yang tersendiri. Tujuan ia dibuka di Malaysia adalah untuk mewujudkan kesedaran dalam masyarakat Malaysia masa kini betapa penjagaan pemakanan adalah mustahak untuk kesejahteraan berpanjangan.
Bukan itu sahaja, The Good Co. juga berniat mahu menukar persepsi masyarakat berkenaan konsep makanan segera yang kini tidak hanya tertumpu kepada makanan yang diproses secara ekspress tanpa menghiraukan kuantiti lemak, minyak mahupun zat-zat tidak baik seperti makanan segera yang lazim ditawarkan di rangkaian jenama makanan segera lain.
Idea bagi mewujudkan kafe ini bermula sejak lima tahun lalu apabila bekas Miss Malaysia Universe 2008, Miss Levy Li menetap di Amerika Syarikat di mana makanan segera yang sihat boleh didapati di mana sahaja. Oleh kerana agak sukar untuk mendapatkan sumber makanan yang sihat di Malaysia, beliau sekaligus mahu membangunkan The Good Co dengan matlamat untuk emudahkan orang ramai serta membekalkan menu yang bukan sahaja sihat malah enak untuk dinikmati secara santai dengan cara yang paling mudah.
“Apa yang kita hadam? Dari mana sumber makanan itu datang? dan Bagaimana ia disediakan? adalah beberapa persoalan yang sedikit-sebanyak bisa memberi impak kepada kesihatan seseorang individu merangkumi masyarikat serta persekitaran kita”, jelas Levy lagi.
Kesemua sumber sayur-sayuran organik, bahan-bahan sert aramuan untuk menyediakan hidangan diambil segar dari para pengedar berkualiti. Jadi para pelanggan tidak perlu gusar kerana hidangan disediakan tanpa sebarang perisa tambahan, pengawet, pewarna, gula tambahan dan lain-lain. Apa yang menarik adalah menu di The Good Co adalah bertepatan dengan tekak orang setempat. Harga pun boleh tahan berpatutan.
Sementara itu, rangkaian kosmetik dan kecantikan berasaskan bahan organik dari Singapura, Handmade Heroes turut diundang untuk memeriahkan majlis pelancaran The Good Co.
Layari www.handmadeheroes.my jika mahu mendapatkan produk organik terbaik dari Handmade Heroes hari ini.
Lokasi: Bon Estates, Jalan Maarof bertentangan dengan Bangsar Shopping Centre
Waktu Beroperasi: 9am – 6pm
Menu: Sandwich, Salad, Sup Sayur, Snek Balang, Bubur Buah-Buahan Segar, Nasi Lemak Organik, Jus Perahan Segar dan banyak lagi!
Servis: Tempahan boleh diambil secara atas talian manakala penghantaran dilakukan ke daerah Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Servis katering juga ada ditawarkan.
Harga Hidangan: Bermula serendah RM9.90 hingga RM20.90 tidak termasuk kos penghantaran untuk servis tempahan atas talian.
Sila layari www.thegoodco.my atau lawat laman Facebook rasmi The Good Co. di www.facebook.com/thegoodcobangsar untuk keterangan lanjut.