Di kesempatan penulis di majlis pelancaran Travel Anchor Cake baru-baru ini. Penulis dapat belajar cara membungkus kek untuk dijadikan sebagai buah tangan atau hadiah kepada ahli keluarga sempena musim perayaan ini. Tidak pun, untuk Hari Kekasih akan datang anda juga boleh gantikan coklat kepada kek. ‘Kenyang’ seminggu terus pasangan anda. Hahaha.
Tak pernah terfikir langsung penulis untuk membungkus kek dengan cara lain selain menggunakan kotak kek. Jadi penulis kongsikan langkah demi langkah cara membungkus kek, tapi diingatkan ini idea simple dari penulis. Kalau anda punya idea yang lebih kreatif dari ini dipersilakan share dan tag kami di Instagram @wanistadotcom okay!
Alatan yang diperlukan:
#1 Kek atau Travel Anchor Cake (dibungkus dengan plastik bungkusan makan)
#2 Pembaris, gam, pita pelekat, pen dan pisau kerja
#3 Gunting, tali hiasan dan kertas corak berbunga
#4 Barang hiasan seperti reben dan rantaian labuci
cara-cara membungkus:
#1 Guntingkan kertas hiasan tadi kepada bentuk yang anda mahukan
#2 Letakkan kek anda di atas kertas hiasan yang telah siap digunting
#3 Bungkus kemas kertas hiasan pada kek. Penulis gunakan tali reben kecil sebagai tali kemasan.
#4 Ambil tali reben hiasan yang bersaiz besar, ikat dibahagian tengah kek dan bentukkan hujung reben supaya tampak seperti reben di kedai-kedai. Hehehe.
#5 Tambah rantaian labuci sebagai efek glamor dan sofistikated gituh… Gunakan pita pelekat untuk kemasan rantaian labuci pada plastik bungkusan kek.
# 6 Final touch! Kemaskan reben dan bentuk rantaian labuci.
siap!
Okay tak? Okay jer kan hasil dari air tangan penulis. Ambil ini sebagai pencetus idea anda untuk hasilkan yang lebih baik dari penulis yer. Hehehe
Selamat mencuba!