Sebagai tanda penghargaan dan hadiah utama kepada pemenang Nando’s Art Initiative 2015, Hug Yin Wan. Nando’s Lot 123 telah merealisasikan impian beliau untuk mempersembahkan pameran seni pertama bertajuk ‘The Crow’ di Lot 123, Nando’s Art Space di Chinatown pada 25 November hingga 8 Disember 2016.
‘The Crow’ hasil dari pandangan Yin Wan terhadap konsep dunia fana dalam hidup dan mati agama Buddha. Mengambil burung gagak, iaitu simbol tanda kematian dari budaya masyarakat Cina dan ia membawa maksud nasib malang kepada kejahatan dan kekejaman. Yin Wan menggunakan tangan sebagai jalan cerita seorang insan yang melalui kesedaran yang menyakitkan untuk kehidupan yang baru.
Fenomena alam semulajadi dan penerimaan sudut negatif – positif dalam setiap saat kehidupan merupakan pengalaman dan ilham dari beliau untuk koleksi seni kali ini. Hasil kanvas Yin Wan menggunakan kepingan kayu dan teknik cat minyak.
Banyak lagi mengenai Nando’s Art Initiative di laman rasmi www.nandos.my/artinitiative.