Bagi mereka yang aktif dengan activiti luar, krim perlindungan cahaya matahari yang mempunyai kuasa perlindungan yang tinggi amatlah diperlukan untuk memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada sinar UV matahari. Namun, penggunaan pelindung matahari kerap kali menjadi sukar kerana ia meninggalkan kesan putih ketika anda berpeluh. Dengan adanya SunPlay Sport UV baharu yang dirumuskan dengan Teknologi Wet Skin, anda kini bebas menjalani aktiviti lasak di luar kerana pelindung matahari ini dapat memberikan anda pelindungan yang maksimum.
Direka khas untuk aktiviti lasak jangka lama, SunPlay Sport UV baharu ini hadir dengan formula cepat kering yang membolehkan penyerapan secara segera pada kulit basah dan kering. Dengan serta-merta ia menembusi air dan membentuk satu halangan pelindung tanpa meleleh atau meninggalkan kesan putih pada kulit. Selain daripada itu, pelindung matahari yang direka secara unik ini dapat menahan daripada peluh dan air sehingga 4 jam dan SPF setinggi 120 dan PA ++++ turut membantu melindungi kulit daripada UVA & UVB berbahaya.
Selain daripada keupayaan untuk melekat pada kulit basah secara aktif , SunPlay Sport UV juga direka dengan Teknologi Solarex – 3 yang menyediakan sistem pertahanan UV unik 3 -dalam- 1 untuk melindungi kulit daripada terikan matahari, penuaan pra-matang serta mengekalkan penghidratan kulit pada setiap masa. Ia mengandungi 8 penapis UV yang tidak mudah terlerai atau rosak di bawah selaran matahari dan secara langsung memastikan perlindungan tahan lama pada kulit.
SunPlay Sport UV Body Mist berharga RM58.90 (termasuk GST) manakala SunPlay Sport Lotion berharga RM43.50 (Termasuk GST) , dan boleh didapati di farmasi dan pasar raya besar di seluruh negara.