Memilih hadiah paling sempurna untuk dijadikan sebuah pemberian bermakna adalah agak sukar dan memeningkan kepala. Hendak mencari yang bersesuaian sudahlah rumit, bahkan bagaimana cara untuk membungkuskan hadiah itu kemudian pun menjadi masalah besar untuk individu yang tidak mempunyai kreativiti dekor.
Justeru, Create Crate bangkit memberi solusi terbaik kepada anda dengan menyediakan platform pembelian, servis pembungkusan dan penghantaran hadiah jenis premium.
Sangat strategik selari dengan gaya hidup individu masa kini yang kerap menggunakan medium atas talian, semuanya dapat dilakukan secara langsung tanpa membebankan anda untuk pergi mencari hadiah sendiri.
Antara lima jenama baharu yang diperkenalkan oleh Create Crate adalah termasuk Eva Solo, Acca Kappa, Tenon Art, Arte dan Breathe. Kesemua lima jenama mewah ini disunting dari negara luar dna dipilih secara peribadi oleh Lim Choon Wee, Pengasas Create Crate Gift Sdn Bhd. Akan datang, banyak lagi jenama-jenama barangan premium akan ditawarkan kepada para pelanggan.
Apa yang menarik, setiap satu hadiah yang anda beli akan dibungkus dalam kotak kayu -pasti dapat membangkitkan aura keterujaan si penerima. Lebih-lebih lagi apabila ia dihias pula dengan jambangan bunga serta ikatan riben menawan!
Di samping menjanjikan pengalaman pemberian dan penerimaan hadiah bertaraf lima bintang, Create Crate bukan sahaja sesuai untuk diberikan kepada yang tersayang, individu juga boleh menggunakan servis yang ditawarkan Create Crate bagi mengubah hadiah untuk diedarkan kepada syarikat-syarikat korporat menggantikan hamper gaya lama yang agak membosankan.
Selain itu, pelanggan juga berpeluang untuk menetapkan sentuhan peribadi gubahan hadiah tersebut seperti cetakan logo syarikat penerima di atas riben, cara sususnan barang dalam kotak kayu, pilihan barangan berserta hadiah yang terdiri dari jenis bunga-bungaan, makanan, kad ucapan, snek, dan banyak lagi.
Jadi, apa anda tunggu lagi? Cipta hadiah atau pemberian istimewa anda dengan khidmat bantuan profesional Create Crate hari ini! Harga yang ditawarkan juga adalah berbaloi berikutan status item yang diimport terus dari luar negara.
Untuk keterangan lanjut, sila layari createcrate.com.my atau lawat laman Facebook rasmi Create Crate Malaysia di www.facebook.com/createcratemalaysia.