Selang beberapa minggu sebelum hari pernikahan pasti bakal pengantin perempuan sibuk mencari spa untuk menambah keserian dan sebagai tempat rileks setelah penat bertungkus lumus menyedia persiapan majlis. Namun tidak semua orang mampu ke spa dan kadang kala ada juga yang langsung tidak sempat kesana. Iyalah, mungkin ada yang tidak ada bajet untuk meletakkan rawatan kecantikan dalam senarai kahwin kan?
Tapi pada anda yang juga teringin memanjakan badan sebelum hari pernikahan, Wanista ada idea simple untuk anda mendapatkan manfaat sama seperti rawatan di spa dengan cara yang lebih menjimatkan dan mudah! Nak tahu? Jom ikuti artikel bermanfaat ini bersama Wanista..
SET MANDIAN DAN LOSYEN SOAP & GLORY SUGAR CRUSH SIMPLY THE ZEST
Wah..wah..wah..serba-serbi merah jambu ya set mandian dan losyen kali ini. Jenama SOAP & GLORY tidak asing lagi dalam dunia penjagaan kulit dan badan. Kali ini Wanista nak mengajak anda mencuba set mandian dan losyen SOAP & GLORY dengan wangian khas Sweet Lime and Vanilla Musk.
Bauan Sweet Lime pasti membuatkan anda sentiasa dalam keadaan segar dan Vanilla Musk pula memberi pesona seksi. Auch! Jom lihat apa yang ada dalam set ini.
# Kotak bersaiz sederhana, mungkin bila dah habis guna boleh buat tabung. Hehehe…
# Info mengenai isi produk Soap & Glory Sugar Crush
# SUPER-SUSDY POWER PUFF. Puff mandian yang super lembut, mudah digunakan dan yang paling penting dapat menghasilkan buih yang banyak!
# SUGAR CRUSH BODY WASH. Krim mandian lembut yang meninggalkan kesan haruman berpanjangan. Tak perlu tuang banyak, sikit macam ni pun berbuih, guna pula sekali dengan SUPER-SUSDY POWER PUFF puas hati sangat. Selepas bilas, tiada kesan melekit malah kulit terasa lebih lembut. Bersaiz 75ml memang cukup untuk pakai 2-3 minggu sebelum hari pernikahan.
# SUGAR CRUSH BODY SCRUB. Selamat tinggal kulit mati! Inilah masanya untuk anda sental segala kulit mati di badan. Bau dari skrub ini memang penulis rasa nak makan, serius sedap macam bau limau.. Hati-hati ya bila anda skrub, jangan guna dikawasan yang luka dan jangan kerap skrub cukup dua atau tiga kali seminggu bergantung pada faktor kulit anda. Anda akan berasa teruja selepas melihat hasil menggunakan SUGAR CRUSH BODY SCRUB, kulit jadi lebih lembut dan bercahaya. Percayalah…
# SUGAR CRUSH BODY BUTTERCREAM. Biasanya selepas aktiviti skrub, kulit agak sedikit kering tapi jangan risau set mandian dan losyen SOAP & GLORY SUGAR CRUSH memang lengkap dengan buttercream. Buttercream sama seperti losyen cuma ia lebih pekat, kaya dan memberi rasa mewah serta melembabkan kulit tahan lebih lama. Semerbak harum kasturi satu badan anda bila mengurut badan bersama SUGAR CRUSH BODY BUTTERCREAM.
# SOAP & GLORY HAND FOOD. Bila badan dah lengkap jangan lupa tangan sekali! Lagi-lagi semasa hari pernikahan nak bersalaman dengan si suami. Ehem. Losyen SOAP & GLORY HAND FOOD memang tidak melekit dan menghidrasi kulit tangan dengan ramuan mewah Shea Butter, Macadamia Oil dan Marshmallow. Patutlah sedap semacam jer bau losyen ini. Ada marshmallow rupanya!
Kepada bakal pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan ini amat bertuah sekali! Bulan Disember adalah bulan jualan besar-besaran dan juga bulan musim perkahwinan. Tahu tak, set Soap & Glory ini boleh didapati di semua butik kecantikan Sephora Malaysia. Jadi baik anda pergi Sephora sekarang untuk mendapatkan banyak lagi set mandian dan losyen Soap & Glory.
Psstt!! Harga bagi SOAP & GLORY SUGAR CRUSH SIMPLE THE ZEST cuma RM75 sahaja!