Mnet Asian Music Awards 2016 (MAMA 2016) telah melabuh tirai pada 2 Disember lalu dengan gilang-gemilang. Menobatkan BTS sebagai Artis Terbaik Sepanjang Tahun (Artist of the Year), TWICE sebagai Lagu Terbaik Sepanjang Tahun (Song of the Year) dan EXO memegang Album Terbaik Sepanjang Tahun (Album of the Year).
Sebelum acara anugerah menjadi tumpuan dunia, pastinya ruang karpet merah MAMA 2016 menancap mata kamera untuk memberi paparan terbaik fesyen dari selebriti yang hadir. Wanista pilih 10 penampilan selebriti Korea Selatan yang menarik perhatian Wanista semasa berlangsung acara ini di Hong Kong Asia World-Expo, Hong Kong.