Kucing adalah seekor binatang yang naif dan aktif. Kita sama sekali tidak akan menyedari jika kucing berkenaan mempunyai penyakit atau pun tidak dek kerana sifatnya yang sukar diramal. Meskipun sakit atau berpenyakit, kucing kebiasaannya mempunyai kebolehan untuk menyorok kesakitan mereka.
Oleh itu, ramai di antara kita tidak akan sedar dan apa yang akan anda ketahui keesokan harinya? Kucing anda telah mati tanpa sebab yang munasabah.
Tahukah anda bahawa kucing yang lazim menjilat bulu menandakan masalah bulu atau kulit yang sedang dihadapinya?
https://www.instagram.com/p/BM5amdFBRs-/?taken-by=wanistadotcom
Oleh itu, amatlah penting untuk seekor kucing mendapatkan diet yang seimbang. Jenama makanan kucing yang diakui oleh para veterinar di seluruh dunia, Royal Canin dihasilkan secara klinikal, khas untuk kesihatan dan kesejahteraan kucing peliharaan anda.
Nutrisi yang terdapat dalam rangkaian makanan kucing Royal Canin cukup sempurna untuk bantu sistem penghadam, tumbesaran, kawalan masalah bebola bulu (hairball), kestabilan hormon bagi kucing yang telah dikasikan, serta khasiat istimewa untuk mengelak penyakit ginjal yang selalu menyerang kucing yang telah berumur (lebih dari 7 tahun).
Bagi menyedarkan orang ramai betapa pentingnya pemeriksaan kesihatan berkala yang harus dijalani seekor kucing, Royal Canin Malaysia tampil dengan inisiatif menganjurkan kempen MyCat2Vet. Orang ramai bisa mengambil bahagian dalam kempen ini, bertindak menghantar kucing-kucing kesayangan untuk mendapatkan pemeriksaan di klinik haiwan terpilih seluruh Malaysia. Apa yang lebih menarik, pemeriksaan adalah percuma!
https://www.instagram.com/p/BM5bWJ4ByKk/?taken-by=wanistadotcom
Setiap seorang boleh menghantar sehingga 9 ekor kucing bermula 1 hingga 31 Disember ini. Jika berminat, anda boleh mula mendaftarkan kucing peliharaan anda di mycat2vet.royalcanin.my hari ini!
https://www.youtube.com/watch?v=2-fNvJEp2Ms
Untuk keterangan lanjut, sila layari mycat2vet.royalcanin.my atau lawat laman Facebook rasmi Royal Canin Malaysia di www.facebook.com/RoyalCaninMY.