Jika lalu sahaja di restoran KFC yang berhampiran pasti bau ayam goreng menusuk ke dalam hidung sehinggalah mengetarkan perut kosong anda. Siapa yang tidak tahan dengan bau aroma rempah ayam goreng nombor satu dunia itu.
Tapi tahukah anda KFC New Zealand menjalankan satu pertandingan dengan memberi hadiah lilin aroma KFC kepada pemenang?
Penyertaannya amat mudah, peserta hanya perlu mengutip ‘like’ dan komen Facebook yang paling banyak.
Pertandingan ini berakhir pada 5 Disember yang lalu selepas dijalankan di laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter. Post pertandingan tersebut menerima sebanyak 15,000 komen.
“Adakah ia benar-benar berbau seperti ayam goreng KFC? Jika saya berjaya mendapatkannya pasti setiap kali membaunya saya akan membeli ayam goreng ini. Saya memang tidak dapat tahan dengan bau KFC tetapi saya fikir KFC juga perlu membuat pelekat bau KFC yang boleh digores untuk dibau.” salah satu komen pengguna Facebook.
Ada beberapa pengguna Facebook berseloroh bau KFC sering membuat mereka mengambil lencongan di restoran pandu lalu. Jadi ini (lilin aroma KFC) merupakan idea terbaik syarikat KFC untuk menjana keuntungan yang banyak.
Kalau ia boleh didapati di KFC Malaysia, adakah ia menjadi bahan dekorasi rumah yang anda mahu?