Penyanyi wanita bersuara lantang, Ailee memilih untuk jujur dan berterus terang tentang persepsi masyarakat tentang tubuhnya yang dikatakan agak ‘berisi’ untuk golongan idol.
Ailee yang menjadi tetamu dalam racangan radio SBS PowerFM “Choi Hwa Jung’s Power Time”, mendedahkan berat badannya telah naik sedikit kerana sebelum ini dia sangat kurus’.
“Apa yang pelik ialah saya tidak tahu apa yang sepatutnya saya lakukan. Apabila saya kehilangan berat badan, orang memberitahu saya untuk menaikkan kembali berat dan apabila sudah mendapatkan berat badan ideal, ada yang suruh saya mengurangkan berat badan,” jelasnya.
Untuk itu, Choi Hwa Jung menawarkan penyelesaian,”saya rasa anda akan menjadi cantik jika menaikkan hanya 2 kilogram dari berat sekarang.”
Ailee kemudian ketawa sambil berkata,”saya sekarang berada di tahap itu.”
Terdahulu, dalam satu segmen di program Follow Me Season 5, penganalisis gaya dan kecantikan mendedahkan cara Ailee untuk kekal fit di kaca TV adalah dengan hanya mengambil sebiji pisang, hidangan kecil dada ayam, 1 cawan brokoli, 1 cawan paprika dan sayur-sayuran.
Baca: BINTANG KOREA KONGSI CARA DIET YANG SERIUS EKSTREM. ANDA PASTI TAK PERCAYA!
Ekstrem bukan diet yang diamalnya? Penulis rasalah berat badan Ailee sekarang sudah cukup ideal, tidak keterlaluan seperti yang dianggap orang ramai.