Nutella, jem coklat kacang Hazlnut yang pekat, manis lagi berperisa menjadi kegilaan penduduk bumi sejak tahun pertama keluarannya lagi. Jika dahulu hanya dimakan dengan sapuan di roti, kini terdapat pelbagai resepi makanan yang dihasilkan dari jem coklat kacang ini.
Sempena musim perayaan Krismas ini, Garage 51 tidak ketinggalan menyediakan menu istimewa dari Nutella. Dari minuman sehinggalah ke pemanis mulut anda boleh memilih set menu The Garage Loves Nutella Menu yang menghidangkan set duo Messed Up The Family Milkshakes, The Son with Nutella Hazelnut dan Messed Up The The Family Xmas Special Milkshakes with Nutella Peppermint.
Bagi peminat minuman kopi Mocha, anda boleh mencuba Mochatella yang berperisa unik dan pasti menyegat gigi anda! Selain itu, hidangan pancake The Messy Garage Pancake with Nutella dan Nutella Burger wajib dicuba. Serius mereka anda Nutella Burger!
Set menu The Garage Loves Nutella Menu hanya berharga dari RM16 – RM19.90. Anda boleh ke Garage 51 yang terletak di Bandar Sunway bermula 1 Disember ini. Layari laman rasmi Facebook Garage 51 untuk melihat banyak lagi hidangan dari mereka.