Anak ketiga pasangan David dan Victoria Beckham, Cruz baru-baru ini menyatakan impiannya untuk bergelar sebagai seorang penyanyi popular.
Hal ini mungkin kerana ingin mengikuti jejak langkah ibunya, seorang artis pop yang pernah menganggotai kumpulan Spice Girls yang cukup popular pada era 1990-an.
Terkini, remaja berusia 11 tahun ini bakal debut sebagai penyanyi pop. Cruz secara rasmi sudah menandatangi kontrak bersama Scooter Braun, individu yang telah menaikkan nama Justin Bieber sehingga menjadi superstar.
Untuk memulakan langkah ini, Cruz telah membuat akaun Instagram pada Isnin 5/12, akaun media sosial ini akan diuruskan oleh Scooter Braun Productions.
Cruz sendiri telah berkongsi video rakaman nyanyiannya di studio. Wahhh berbakat juga!
https://www.instagram.com/p/BNrtjtIjA9j/?taken-by=cruzbeckham
Berita terkini, Cruz telah muncul dengan single pertamanya untuk musim krismas yang bertajuk #IfEveryDayWasChristmas. Berita itu dikongsinya di media sosial Twitter dan Instagram.
https://www.instagram.com/p/BNsLQbNDRxs/?taken-by=cruzbeckham
Tahniah Cruz!